Rabu, 16 Januari 2019

TANDA- TANDA GANGGUAN JIN


Gangguan Umum :

1.Badan terasa berat dan malas.
2.Sukar tidur malam.
3.Bermimpi tempat tinggi.
4.Bermimpi seram yang menakutkan.
5.Mengantuk bila dengar Al-Quran.
6.Selalu ditindih ketika tidur.
7.Mimpi melihat binatang seperti ular
 dan sebagainya.
8.Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
9.Suka melakukan tabiat buruk.



Gangguan Sihir :


Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya.

1.Sakit kepala selepas asar keatas.
2.Sukar mendapat jodoh.
3.Sikap berubah secara mendadak
4.Sakit dada bila waktu asar ke atas
5.Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas asar.
6.Suami isteri bertengkar walau perkara kecil
7.Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
8.Batuk yang berpanjangan.
9.Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
10.Mandul.
11.Gagal melakukan hubungan kelamin.
12.Badan terasa bisa-bisa.
13.Sakit mental/gila.

Gangguan Saka :



1.Sakit ketika ziarah orang meninggal.
2.Panas baran.
3.Kerap sedawa bila mendengar Al-Quran.
4.Bermimpi bayi/ menyusukan bayi (bagi perempuan)
5.Bermimpi arwah moyang/datuk/ayah beri barang(seperti pedang) untuk pelindung diri.
6.Nyanyuk ketika usia lanjut.
7.Kerap keguguran.
8.Melihat jin secara terus. (ada perbahasan samaada saka/sihir/kasyaf)
9.kerap mendengar sesuatu bisikan.

 Gangguan Asyik:

1.Selalu bermimpi tempat-tempat kotor.
2.Selalu bermimpi tandas.
3.Suka berada lama dalam tandas.
4.Sukar mendapat jodoh.
5.Sakit pinggang tanpa sebab.
6. Lebam-lebam di peha



SIHIR PEMISAH(SIHIR TAFRIQ)





Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka. Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat.

Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah


  1. Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
  2. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
  3. Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
  4. Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
  5. Kerap kembung perut, sendawa angin
  6. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
  7. Kitaran haid tak normal
  8. Lambat mendapat zuriat
  9. Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
  10. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
  11. Ketika marah kerap meminta cerai
  12. Tidak suka tidur bersama
  13. Nafsu tiada terhadap suami atai isteri
  14. Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
  15. Suka bersendiri di dalam bilik
  16. Tidak suka tempat-tempat yang bising
  17. Sukar atau susah tidur pada waktu malam
  18. Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi
  19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
  20. Kerap mimpi pasangan kita curang
  21. Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
  22. Kerap bermimpi tempat kotor busuk
  23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
  24. Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
  25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
  26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
  27. Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain
Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan