"Jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku"
(Asy-Syu'ara :80)
Dia itu merujuk kepada (Allah) yang menyembuhkan sesuatu penyakit. Letak pergantungan pada Allah sepenuhnya. Maksudnya ialah pesakit wajib bergantung harap hanya kepada Allah dengan sepenuh hati.
Teladanilah sikap luhur Nabi Ibrahim yang tulus meyakini, "Jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku."
Keyakinan bahawa hanya Allah penyembuh penyakit ini perlu dipateri dalam jiwa setiap kita yang mengaku beriman.
Jangan menyekutukan Allah dengan menyakini bahawa rawatan atau ubat atau si perawat yang menjadi penyembuh tanpa ada kaitannya dengan kehendak Allah.
Bila tiada keyakinan terhadap kehendak Allah, beerti telah menyekutukan Allah dan tidak bertawakal kepadaNya.
Jika penyakit terus berlarutan dan boleh melibatkan nyawa, maka kita akan pergi menghadap Allah tanpa membawa iman. Na'uzubillahiminzalik.
Ikhtiar dalam rawatan
Perawat, rawatan dan ayat-ayat ruqyah serta doa yang dibaca hanyalah kaedah penyembuhan dan ikhtiar yang dilakukan sebagai wasilah(perantara) sedangkan Zat sebenar yang menyembuhkan sakit ialah Allah Azzawajalla.
Banyak ujian dan dugaan bagi yang menjadi wasilah. Bila Allah takdirkan penyakit itu sembuh, maka melangitlah curahan sanjungan dari makhluk.
Bila sebaliknya, tiada keizinan sembuh dari Allah, maka jenuhlah menadah keluh kesah, rungutan, cemuhan dan ketidakpuas hatian terhadap ikhtiar yang dilakukan.
Mana letaknya harapan kita kepada Allah? Makhluk tiada kuasa! Allah yang berkuasa! Jangan tanya orang lain kenapa kita tidak sembuh! Tapi tanya diri kita kenapa Allah tidak beri kesembuhan? Muhasabah diri sendiri..
Kata Rasulullah saw;
"Manusia yang menafikan al-Quran sebagai asy-Syifa' maka selama-lamanya dia tidak akan mendapat penyembuhan daripada Allah Azzawajalla."
(HR Imam Abu Daud 1604)
Yakinlah yang al-Quran itu adalah mukjizat. Namun begitu, ada adab dan etika yang mesti diberi perhatian ketika mendapatkan rawatan dengan al-Quran.
Betulkan niat
Orang yang jatuh sakit perlu perbetulkan niatnya ketika dirawat supaya taat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah serta menggunakan waktu sihatnya untuk beribadah kepadaNya.
Sabda Rasulullah saw;
"Sesungguhnya setiap amal perbuatan bergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya."
(HR Imam Muslim 2176)
Tulus Ikhlas
Orang yang sedang sakit mesti tulus ikhlas mengamalkan doa dan ayat-ayat penyembuhan yang dibacanya ketika mendapatkan rawatan semata-mata mencari redha dan pertolongan Allah.
Sabda Rasulullah saw;
"Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidaklah menerima amalan kecuali yang ikhlas untukNya dan menghharapkan keredhaanNya dengan amalan tersebut."
(HR Imam Hakim 5980)
Tidak Ragu-ragu
Pesakit yang dirawat dengan doa dan ayat-ayat al-Quran hendaklah yakin dan tidak bersikap ragu-ragu. Mengamalkan ayat al-Quran dengan serius dan tidak main-main.
Hadirkan hati dengan mengingati Allah.
Sandaran kepada Allah.
Yakin dengan sepenuh hati bahawa yang berhak menyembuhkan penyakit hanya Allah SWT sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan