Jumaat, 28 Disember 2018

MINYAK WARISAN HASSAN RAJA HERBA PNN

MINYAK HERBA KELUARAN BARU DARI PENCAK NAFAS NUSANTARA

🔥 MINYAK WARISAN HASSAN RAJA HERBA PNN


Pembuatan Asal dari HASSAN RAJA yg mahir tentang masalah Lelaki dan ramuan herba RAMUAN yang diadun beliau menjadi Sebutan dari Turun temurun. Inshaa Allah Biiznillah dapat Memberi manfaat kepada pengguna. 

🌱 BAHAN-BAHAN

1) Halia Bara
2) Chekor
3) Bawang Kecil
4) Bawang Puteh
5) Buah Keras
6) Rempah Ratus
7) Minyak kelapa 
8) dll

 UNTUK KEGUNAAN

1) Tenaga batin 
   a) Mati pucuk
   b) menambahkan saiz
2) Patah
3) Terseliuh
4) Sendi Dan Saraf
6) Penawar Bisa
7) Gatal-gatal Kulit
8) Kanak-kanak Nangis Malam
9) Kebas kaki @ Tangan
10) Masaalah senggugut
11) Lumpuh
12) Stroke
13) Gout (Untuk pecahkan asid, disarankan urut satu arah sahaja.)
14) Semua Jenis Penyakit Berkaitan Mistik 👻
15) Dan Lain-lain dengan 1001 manfaat Dengan izin Allah S.W.T










🚨 Penggunaan secara urutan sahaja

🚨 Tatacara Penggunaan untuk Tenaga Bathin Kelakian akan diberikan.

 PERINGATAN
Goncang dahulu sebelum guna, penggunaan luaran sahaja.

HARGA SIAP POS
Semenanjung : RM50
Sabah&Sarawak : RM55

Untuk tempahan :

Isnin, 8 Oktober 2018

AMALAN PENDINDING DIRI - AYAT 33


Faedah ayat ini:

Menurut keterangan dari Saidina Abdullah ibni Umar r.a.:
“Barangsiapa membaca ayat ini pada malam hari tiada dimudaratkan dia oleh binatang yang buas dan pencuri yang menganiaya dan diafiatkan pada dirinya, ahli keluarganya dan hartanya hingga bersubuh-subuh ia dan dibentangkan antara orang-orang yang membaca ayat ini dan antara seterunya dengan satu pagar daripada besi. Ayat ini juga dikatakan ubat seratus penyakit, setengah daripadanya ialah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota”.


KELEBIHAN AYAT 33 (AYAT RUKYAH SYARIIYAH)

Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.

Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.

Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.

Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh).

Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith yang tersebut terdahulu termasuklah hadith yang disebut oleh saudara Rafizal Baharom iaitu:

Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.

Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain.

Al-Fatihah


Al-Baqarah 1-5


Al-Baqarah 163-164


Al Baqarah 255-257


Al-Baqarah 284-286


Al-Araf 54-56 & Al-Isra’ 110-111


As-Saaffat 1-11



Ar-Rahman 33-35 & Al-Hashr 21-24

Al-Jin 1-4



Disini kami dari Ikhtiardanrawatanmistik menyediakan set lengkap AYAT 33, ayat ini adalah gabungan ayat-ayat al-quran dari surah-surah tertentu, biasanya saya berikan kepada pesakit sebagai amalan untuk pendinding diri. Saya mencadangkan agar ayat ini diamalkan selepas subuh dan selepas maghrib, sekiranya tidak mampu, amalkanlah ianya sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam pada bila-bila masa, jika masih tidak mampu bacalah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Biasanya pesakit yang akan mengalami kesukaran untuk mengamalkan ayat ini, macam-macam halangan seperti rasa mengantuk yang amat sangat, dan biasanya tidak dapat habis membacanya. Sekiranya ada banyak halangan untuk mengamalkan ayat ini, kuatkanlah semangat dan paksa diri anda untuk mengamalkannya.

Ambillah sebab untuk bekerja bagi mendapatkan rezeki tetapi letaklah keyakinan Allah yag memberikan rezeki.
Ambillah sebab berubat untuk menyembuhkan penyakit tetapi letaklah keyakinan bahawa Allah yang menyembuhkan penyakit. 

Petikan kata-kata - Al Habib 'Ali Zaenal Abidin Al Hamid -


AMALAN YANG DISUKAI ALLAH

Dari Aisyah r.h.a Nabi SAW pernah ditanya oleh orang . Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah? Jawab Nabi SAW amal yang dikerjakan secara tetap (berterusan) walaupun sedikit. (HR Muslim : 0755)

MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA, AAMIIIN

Ahad, 12 Ogos 2018

AMALAN DIRI DAN AIR PENAWAR

PANDUAN AMALAN RINGKAS SELEPAS SOLAT 5 WAKTU

💖 #bagi mereka yang mengalami gangguan digalakkan mengamalkannya selama 40 hari tanpa putus. Dan melakukan Solat Sunat Taubat seberapa banyak yang boleh.

💖 #NIATKAN amalan sebagai ZIKIR (boleh diamalkan bagi wanita yg datang bulan)

 Sila Like Facebook
https://www.facebook.com/ikhtiardanrawatanmistik/

🔥 KEGUNAAN UTK RAWATAN DIRI DAN PAGAR DIRI

🌟 Amalkan secara ISTIQAMAH dan Yakinilah Ayat-Ayat Quran adalah penawar Syifa bagi orang yang BERIMAN

1. Baca Doa Pelindung x3 kali


بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Bismillahillazi La Yadurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardi Wa La Fis Sama'ie, Wahuwas Sami'ul 'Alim" (Hadis soheh)

2. Zikir Istifar x11 kali

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ


Astaghfirullahal Adzim  Alladzii Laa ilaaha illahuwal Hayyul Qoyyum Wa Atuubu ilahi
(Maksudnya : Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar, yang tidak ada Tuhan selain Dia yang hidup dan berdiri sendiri dan aku mohon ampun padaNya)

3.  Baca Surah Al-Fatihah  x 7 kali


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ طَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

4. Baca Ayatul Qursi x1 kali


الله لا اله الا هو الحي القيوم 
لا تأ خذه سنة ولا نوم
له ما في السمو ت وما فى الا رض
من ذا الذى يشفع عند ه إلا بإ ذ نه
يعلم ما بين آ يد يهم
وما خلفهم
ولا يحيط ون بشء من علمه إلا بما شاء
وسع كر سيه السموت والآرض
ولا يؤ ده حفظهما وهو العلى العظيم  

5. Baca Surah Al-Ikhlas x3 kali


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
اللَّـهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

6. Baca Surah Al-Falaq x3 kali


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِى الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

7. Baca Surah Al-Annas x3 kali


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلٰهِ النَّاسِ
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُوْرِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ


8. DOA : 

Ya Allah aku mohon perlindungan dari Mu Ya Allah dari Sihir dan Khianat jin dan sejenisnya, manusia dan haiwan serta tidak dapat ditembusi dari sebarang ilmu.  Dengan izin Allah

- Baca - LAHAULAWA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL 'AZIM x3 kali


Tarik nafas penuh dan Hembus perlahan lahan pada tapak tangan sebanyak 3 kali nafas dan sapu kemuka dan seluruh tubuh badan.

*********************Selesai***************************

💡Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:


“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)

💢 NOTA : Apa itu Istiqamah?
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.

💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞


AIR PENAWAR PENYEMBUHAN BERBAGAI PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH

 Sila Like Facebook
https://www.facebook.com/ikhtiardanrawatanmistik/

👪 UNTUK DIMINUM OLEH PESAKIT/ SEISI KELUARGA

- Bacakan pada air  dan dihembus setiap kali bacaan dengan nafas perlahan lahan

Mulakan dengan bacaan dibawah ini :


💥Bismillahirahmanirahim ×3 kali
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

💥 Mengucap 2 kalimah syahadah 3x kali
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

💥 Ya Allah x3 kali
يا الله

1) Baca surah Al-Fatihah x11 kali - tiup pada air,

2) Baca Ayat Kursi x1 kali - tiup pada air,

3) Baca Surah Al Ikhlas x1kali -tiup pada air

4) Baca Surah Al Falaq x1 kali -tiup pada air

5) Baca Surah An Nas x1 kali -tiup pada air

6) Selawat ke atas Nabi SAW x11 kali dan tiup pada air,

7) Kemudian pohon hajat kepada Allah dengan berdoa..
"Yaa Allah Aku Pohon Jadikanlah air ini sebagai penawar yang menyembuhkan segala penyakit Zahir dan Bathin............(sebut nama pesakit). Sesungguhnya Engkau lah yang menyembuhkan segala penyakit"

8) Lahaulawa quwwata illa billahil'aliyyil aziiim x3 kali

9) Hasbunallahu Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nashir x3 kali
حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير


Selawat Nabi dan Minum serta boleh direnjis atau disapu di tempat sakit/kawasan

 Sila Like Facebook
https://www.facebook.com/ikhtiardanrawatanmistik/

📚 Wa yanshurkum `alayhim wa yasyfi shuduura qawmim-mu’miniin

Dan (Allah ) akan melegakan hati orang-orang yang beriman
[At-Taubah 9: 14]

📚 Yaa ayyuhaan-naasu qad jaaa atkum maw`izhatum mir-rabbikum wa syifaaa-ul-limaa fish-shuduuri wa hudaw wa rahmatul-lil mu’miniin

Hai Manusia, sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
[Yunus 10: 57]

📚 Wa nunazzilu minal qur-aani maa huwa syifaa-uw warahmatul-lil mu’miniin

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur’an Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang Beriman kepadaNya 
[Al-Israa 17: 82]

📚 Qul huwa lilladziina aamanuu hudaw wasyifaa’uw-walladziina laa yu’minuun

Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur’an) itu adalah petunjuk dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman.
[Fushshilat 41:44]

Isnin, 23 Julai 2018

Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah Syar'iyyah Adalah  Penyembuhan Segala Penyakit Dan Bukan Hanya Masalah  Jin

Ruqyah adalah penyembuhan dengan terapi ayat ayat quran untuk penyakit medis dan non medis, karena di dalam quran itu ada penyembuhan

Sesungguhnya ALLAH Ta’ala telah menyediakan AL-Quran sebagi obat yang lebih baik. Semua orang dapat memperolehnya jika ia yakin dengan sepenuhnya. Inilah yang disebut dengan “berobat dengan "wahyu”. Allah lah yang telah menciptakan penyakit, maka tentu Dia lebih tahu apa penawar dan obatnya.

Ibnu Qayyim berkata, “Siapa yang tidak dapat disembuhkan oleh Al-Quran, berarti Allah tidak memberikan kesembuhan kepadanya. Dan siapa yang tidak dicukupkan oleh Al-Quran, Allah tidak akan memberikan kecukupan kepadanya”. (Zaadul Ma’ad fi Hady khairi ibad).

Allah SWT berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْـقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّـلْمُؤْمِنِيْنَ ۙ  وَلَا يَزِيْدُ  الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا

"Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian."
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 82)


Allah SWT berfirman:

وَاِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ ۖ   
"dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,"
(QS. Asy-Syu'ara' 26: Ayat 80)
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA’SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA

Wahai Allah Tuhan manusia, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain". (HR Bukhari dan Muslim)

Syifa'= penyembuh
yasyfiini= menyembuhkanku
Asy Syafii = yg maha penyembuh


Ada persepsi di kalangan masyarakat awam bahwa terapi ruqyah adalah terapi untuk gangguan atau kesurupan jin atau hal-hal yang bersifat gaib. Kesalahan persepsi tersebut umum terjadi dan tidak bisa disalahkan sepenuhnya karena boleh jadi karena sering diadakan ruqyah masal untuk mengusir jin yang ada di dalam diri manusia. Biasanya sebelum diadakan ruqyah masal, peruqyah memberi penjelasan-penjelasan tentang ruqyah yang hanya terbatas untuk mengusir jin. Jarang para peruqyah menjelaskan lebih luas penggunaan metode ruqyah tersebut untuk penyembuhan fisik dan psikis. Kebanyakan peruqyah hanya menjelaskan masalah ruqyah syar’iyyah dan ruqyah syirkiyyah dan jarang pembahasan mengenai ruqyah secara mendetail, seperti yang banyak terjadi


Menurut Ibnul Qayyim Al Jauziyah terapi ruqyah merupakan terapi dengan melafadzkan doa baik dari Al Qur’an maupun As Sunnah untuk menyembuhkan suatu penyakit tidak terbatas pada gangguan jin, tetapi juga mencakup terapi fisik dan gangguan jiwa.

Mengapa al Quran bisa menghancurkan berbagai penyakit?

Inilah alasan Ibnu Qayyim mengapa ia bisa sembuh hanya dengan al Quran.

Bagaimana mungkin penyakit tersebut mampu menghadapi firman Dzat yang memiliki langit dan bumi? Jika diturunkan kepada gunung, maka ia akan menghancurkannya. Atau diturunkan kepada bumi, maka ia akan membelahnya.

Perkataan beliau sesuai dengan ayat Quran,  tepatnya Surah al Hasr ayat 21.

Allah SWT berfirman:

لَوْ اَنْزَلْنَا هٰذَا الْقُرْاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيْتَهٗ خَاشِعًا  مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗ  وَتِلْكَ الْاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا  لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ

"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir."
(QS. Al-Hasyr 59: Ayat 21)


Maka jika kita niatkan al Quran untuk dijadikan obat, maka dengan izin Allah tak ada penyakit yang tak dapat dihancurkan...

sebagaimana penjelasan Ibnu Qayyim....

Maka tidak satu pun jenis penyakit, baik  penyakit hati maupun jasmani, melainkan dalam Al-Qur`an ada cara yang mem-bimbing kepada obat dan sebab (kesem-buhan) nya.” (Zadul Ma’ad, 4/287)

Kenapa tidak Semua Peruqyah Dapat Mengobati Penyakit Fisik ?

Pertama karena sebagian peruqyah yang hanya meyakini bahwa ruqyah syar'iyyah hanya untuk mengobati penyakit non fisik.

Bahkan,...mereka selalu mendiagnosa terlebih dahulu, apakah penyakit pasien adalah penyakit fisik ataukah penyakit gangguan jin.

Jika penyakitnya ternyata hanya penyakit fisik, mereka menyarankan agar pasien berobat ke dokter.

Alasan kedua. Tingkat keyakinan peruqyah. Peruqyah yang tidak pernah mengobati penyakit fisik hingga sembuh kemungkinan kurang yakin bahwa ruqyah syar'iyyah dapat menghancurkan penyakit fisik.

Sandarkanlah kesembuhan itu hanya pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bukan pada dokter, thabib, praktisi ruqyah/peruqyah nya

untuk itulah perlunya tiap kaum muslimin/muslimat mempelajari Ruqyah Syar'iyyah agar banyak yang mengetahui cara penyembuhan yang disunahkan Rasulullah Shollalahu 'Alaihi Wassalam dengan cara meruqyah dirinya sendiri, dengan tahu sebab sebab sakitnya, apakah sebab dosanya ? apakah sebab rusaknya aqidah tauhidnya, apakah karena kesalahan pola hidupnya, pola makannya, lalu bagaimana cara menjemput kesembuhan dari Allah Subhanahu Wa Ta 'ala

“Al-Qur`an adalah penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit hati dan jasmani, demikian pula penyakit dunia dan akhirat"

Semoga bermanfaat

Jumaat, 13 Julai 2018

PANDUAN SCAN DAN RUKYAH DIRI

PANDUAN RUKYAH DIRI


Mengesan jin dalam tubuh

Waktu: bila-bila masa dan sesuai di buat waktu subuh

Cara-caranya :
letakkan tapak tangan di perut kemudian  mulakan dgn membaca :


1. "Bismillah" x 3 kali 

seterusnya membaca doa di bawah x 7 kali (ia tsabit dari hadis yang soheh)
'A'udhu bi'izzatillahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uhadhiru

2. Baca doa pelindung x 3 kali


"BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM"  (Hadis yg soheh)

3. Surah Al-Fatihah x 1 kali


4. Ayatul Qursi x 1 kali


5. Surah Al-Ikhlas x 3 kali

6. Surah Al-Falaq x 3 kali

7. Surah Al-Nas x 3 kali

8. Surah as-Saffat (ayat 7) x 7 kali


9. Surah Yunus ayat 81, 



pada ayat "innallaha sayubtiluh" kalimah ini diulang sebanyak x10 kali, berhenti seketika sebutlah "Ukhruj Ya 'aduwwallah" sambil sebut "Keluarlah Wahai Musuh Allah" dengan menepuk nepuk tubuh badan. Di Ulang bacaan Nombor 9 ini sebanyak 3 kali.

#KESANNYA SEWAKTU MERUKYAH DIRI SENDIRI, MAKA KITA AKAN TERMUNTAH2 HINGGA AKAN RASA LEGA DAN BADAN TERASA RINGAN

JADI MEREKA YANG ADA MASALAH GANGGUAN DIRI, BOLEH CUBA, INSYAA ALLAH

Ahad, 8 April 2018

APAKAH SIHIR






Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'


Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.


Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.


Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya. 

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah S.W.T. 

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam. 

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar Allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."


Jenis-jenis Sihir:

1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir. 

3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. 

4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. 

5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. 

Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir:



Firman Allah S.W.T. : 




Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal). 

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.' 

Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat). 


Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.


Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah

Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.


Jenis-jenis Sihir Pemisah:

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.

Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang paling bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.


Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

•   Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.

•   Berlaku keraguan antara suami-isteri.

•   Enggan meminta maaf.

•   Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.

• Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

•  Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. 


•  Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci. 


Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian. 


2.Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

• Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
• Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
• Sukar mengawal cintanya.
• Rindu bayang yang berlebihan.
• Patuh secara membuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):

• Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
• Perasaan cemburu seorang wanita.


3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

•  Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
•  Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
• Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:

• Azan
• Membaca ayat al-Kursi
• Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
• Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.


4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

• Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
• Cakap merapu
• Mata layu
• Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini.Tidak boleh diam setempat.
• Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
• Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.


5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

• Suka berseorangan.
• Mentup diri sepenuhnya.
• Diam berterusan.
• Tidak suka bertemu orang.
• Fikiran melayang.
• Selalu pening.
• Lesu dan tidak bermaya


6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

• Selalu mengalami mimpi ngeri.
• Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
• Selalu was-was.
• Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
• Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi melihat haiwan mengejarnya.


7. Sihir Membuat Penyakit

Tanda-tandanya:

• Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
• Saraf tersumbat.
• Lumpuh salah satu anggota tubuh
• Lumpuh menyeluruh.
• Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.


8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.


9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

• Takut yang bersangatan
• Marah yang tidak terkawal
• Lalai berlebihan
• Di puncak gelora nafsu syahwat


Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

• Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.


Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

• Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
• Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
• Melihat pelamar bermuka hodoh.
• Banyak berfikir (fikiran melayang).
• Selalu gelisah waktu tidur.
• Selalu rasa sakit di perut.
• Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Fakta Penting Tentang Sihir:

• Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.

• Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.
• Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:

            i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.

           ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.

• Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."


Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

• Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.

Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir. Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.


ANGKARA SIHIR IKATAN

Suami yang tidak boleh menggauli isterina disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:

Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

• Pertama: Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kek ulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.

• Kedua: Rangsangan seksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.
• Ketiga: Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, ketika orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh

melakukan hubungan seksual dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.


Sihir membawa kebinasaan! Jauhilah semua bentuk sihir!


Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

• Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merapatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah sisuamii mencubanya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian si isteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.

• Melenyapkan Kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.

• Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabila suami ingin menggauli isterinya.

• Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.

• Hilang Perawan : Apabila seorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabila dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.


'TERIKAT', MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN

• Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.

• Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhan dengan isteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.

• Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.

Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.