🌰 Gejala-gejala (tanda-tanda) terkena sihir dan kerasukan jin syaitan kadangkala hampir-hampir sama.
🌰 Rasa sakit secara berterusan pada bahagian perut membuktikan bahawa si mangsa telah termakan atau terminum baha-bahan sihir yang telah diletakkan di dalam makanan atau minuman tertentu.
🌰 Bermimpi ular, miang buluh, pisau, paku dan benda-benda tajam kebiasaanya menjurus pada sihir.
🌰 Proses rawatan Al Quran tidak akan berhasil kecuali dipenuhi dua syarat ini iaitu:
☑ Adanya sifat istiqaamah (berterusan amal) perawat itu sendiri terhadap segala suruhan-suruhan ﷲ SWT.
☑ Adanya keyakinan dan kepatuhan sewajarnya oleh si pesakit terhadap seluruh agenda-agenda rawatan al Quran yang telah disarankan mengikut syariat Islam.
🌰 Majoriti bentuk-bentuk sihir semuanya mempunyai gejala (tanda-tanda) yang satu iaitu adanya rasa sebak-sebak dada oleh si pesakit (si mangsa) terutama sekali pada waktu malam.
🌰 Lokasi bahan-bahan sihir boleh dicari dengan dua cara:
☑ Melalui perkhabaran si jin itu sendiri yang datang melalui sihir. Namun jangan sekali-kali percaya cakap-cakapnya sehinggalah anda menyuruh orang lain pergi mendapatkan baha-bahan tersebut sebagaimana yang diberitahu. Sekiranya ditemui maka benarlah apa yang dipercakapkan, akan tetapi sekiranya tiada ternyatalah si jin itu telah melakukan penipuan kerana kebanyakkan jin bersifat pembohong besar.
☑ Si pesakit atau perawat itu sendiri hendaklah bersolat mengharapkan dengan penuh ikhlas, khusyu' dan mengharapkan pertolongan ﷲ SWT., pada sepertiga malam (waktu Solat Tahajjud). Berdoalah kepada ﷲ SWT agar diberitahukan lokasi di mana baha-bahan sihir itu diletakkan. Hasilnya, kemungkinan anda akan di datangkan mimpi, atau timbul sesuatu perasaan tersendiri, atau timbul satu sangkaan dari jiwa menyatakan di mana bahan-bahan sihir itu sebenarnya berada. Dari sini, andaikata anda telah berjaya mendapatkan bahan-bahan tersebut, tambahkanlah kesyukuran kepadaNya.
🌰 Boleh melakukan ruqyah pada minyak Habbatus Saudaa’, kemudian menyapu dan mengurut-ngurut pada tempat yang sakit pada waktu pagi dan petang. Tidak kiralah apa jenis sihir yang terkena. Perkara init telah terbukti kebenarannya sebagaimana tercatat di dalam sebuah hadis sahih yang telah diriwatkan oleh al Bukhari, sabda Rasulullah ﷺ (yang bermaksud):
“Habbatus Saudaa’ itu adalah penawar bagi segala jenis penyakit, kecuali penyakit mati sahaja”.
Ubat tersebut telah digelar dengan berbagai-bagai nama. Sesetengah negara menyebutnya sebagai as Syooniiz (Bahasa Parsi), Habbatul Barakah (sesetengah benua arab). Dalam Bahasa Malaysia ianya disebut sebagai Jintan Hitam yang dicampur dalam masakan seperti kari dan sebagainya.
Wallahua'lam, semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan