AMALAN PAGAR DIRI

IJAZAHAN UMUM


Faedah ayat ini:

Menurut keterangan dari Saidina Abdullah ibni Umar r.a.:
“Barangsiapa membaca ayat ini pada malam hari tiada dimudaratkan dia oleh binatang yang buas dan pencuri yang menganiaya dan diafiatkan pada dirinya, ahli keluarganya dan hartanya hingga bersubuh-subuh ia dan dibentangkan antara orang-orang yang membaca ayat ini dan antara seterunya dengan satu pagar daripada besi. Ayat ini juga dikatakan ubat seratus penyakit, setengah daripadanya ialah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota”.


KELEBIHAN AYAT 33 (AYAT RUKYAH SYARIIYAH)

Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.

Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.

Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.

Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh).

Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith yang tersebut terdahulu termasuklah hadith yang disebut oleh saudara Rafizal Baharom iaitu:

Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.

Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain.

Al-Fatihah


Al-Baqarah 1-5


Al-Baqarah 163-164


Al Baqarah 255-257


Al-Baqarah 284-286


Al-Araf 54-56 & Al-Isra’ 110-111


As-Saaffat 1-11



Ar-Rahman 33-35 & Al-Hashr 21-24

Al-Jin 1-4



Disini kami dari Ikhtiardanrawatanmistik menyediakan set lengkap AYAT 33, ayat ini adalah gabungan ayat-ayat al-quran dari surah-surah tertentu, biasanya saya berikan kepada pesakit sebagai amalan untuk pendinding diri. Kaedah amalannya adalah diamalkan selepas subuh dan selepas maghrib, sekiranya tidak mampu, amalkanlah ianya sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam pada bila-bila masa, jika masih tidak mampu bacalah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Biasanya pesakit yang akan mengalami kesukaran untuk mengamalkan ayat ini, macam-macam halangan seperti rasa mengantuk yang amat sangat, dan biasanya tidak dapat habis membacanya. Sekiranya ada banyak halangan untuk mengamalkan ayat ini, kuatkanlah semangat dan paksa diri anda untuk mengamalkannya.

Ambillah sebab untuk bekerja bagi mendapatkan rezeki tetapi letaklah keyakinan Allah yag memberikan rezeki.
Ambillah sebab berubat untuk menyembuhkan penyakit tetapi letaklah keyakinan bahawa Allah yang menyembuhkan penyakit. 

Petikan kata-kata - Al Habib 'Ali Zaenal Abidin Al Hamid -


AMALAN YANG DISUKAI ALLAH

Dari Aisyah r.h.a Nabi SAW pernah ditanya oleh orang . Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah? Jawab Nabi SAW amal yang dikerjakan secara tetap (berterusan) walaupun sedikit. (HR Muslim : 0755)

MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA, AAMIIIN