Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw
Alhamdulillah.. Dengan izin Allah swt, Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) akan membuka pengambilan 40 pelajar banin yang baharu pada Mac ini. Insyaallah.
Oleh yang demikian, DUAM akan beroperasi sepenuhnya di lokasi baharu di Jalan Gajah 10 yg di amanahkan oleh seorang hamba Allah yg mulia kepada Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) berikutan lokasi yang lama di Jalan Tempayan Emas 2 sudah tidak mampu menampung pertambahan pelajar.
Pun begitu, tarikh sebenar perpindahan DUAM ke lokasi baharu bergantung kepada persediaan dan urusan membaik pulih serta penyelenggaraan bangunan di lokasi baharu siap dijalankan.
Ini berikutan bangunan ini terbiar hampir 2 tahun dan banyak kemudahan sudah rosak, dicuri dan perlu diperbaiki.
Selepas urusan gotong royong membersihkan sekitar kawasan yang dijalankan, kami mendapati bangunan di lokasi baharu DUAM ini memerlukan:
1) Pendawaian semula kabel elektrik berikutan semua kabel telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
2) Memasang lampu, kipas dan penghawa dingin.
3) Baik pulih tekanan air dan saluran paip air dari meter utama.
4) Pembinaan penambahan bilik mandi dan tandas bagi menampung bilangan pelajar yang dijangka mencapai 70 orang.
5) Membaik pulih kolah tempat wuduk pelajar yang juga bertindak sebagai tangki simpanan air jika berlaku gangguan air.
6) Menyelenggara semula perigi sedia ada sebagai langkah penjimatan dan penggunaan air secara berkhemah.
7) Membaik pulih rumah guru, bilik mandi dan tandas.
8) Operasi pembersihan sekitar madrasah dan merobohkan binaan pondok terbiar yang tidak selamat diduduki kerana boleh menjadi sarang binatang berbisa.
9) Menggantikan pagar sekeliling madrasah yang mana sudah rosak dan perlu diperbaiki.
10) Pembelian almari pelajar, rehal, tilam, almari kitab, meja pejabat, rak buku dan fail, kerusi, set meja makan tetamu.
11) Menggantikan pintu, tombol pintu, tingkap, sinki, bumbung dan siling yang rosak dan bocor.
12) Proses memperindah bangunan yakni menyimen dan mengecat semula bangunan.
13) Membina rumah pengawal bagi tujuan keselamatan dan keluar/masuk pelajar.
15) Membina balai makan dan masak (dapur) baharu bagi menampung bilangan pelajar yang ramai.
16) Memasang tempat jemuran pakaian.
17) Menyediakan tempat letak kenderaan mencukupi bagi menampung kehadiran ibu bapa dan org awam pada setiap satu majlis anjuran madrasah.
18) Urusan perpindahan kemudahan internet dari lokasi lama ke baharu.
Kos yang diperlukan dijangka melebihi RM300,000.
Maka dengan itu pihak pengurusan DUAM memohon rayuan sumbangan kewangan daripada orang ramai, syarikat-syarikat atau mana-mana organisasi yang ingin sama-sama menabur khidmat dan berinfaq.
Rayuan sumbangan ini bagi merealisasikan hasrat membangun insan berakhlak Rasulullah saw berlandaskan Al-Quran dan hadis serta langkah memartabatkan Islam sebagai cara hidup dan secara tidak langsung meletakkan Islam sebagai tunjang utama agama rasmi negara ini.
Segala sumbangan infaq tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan kami warga DUAM hanya mampu mendoakan agar sumbangan tuan-puan diangkat Allah swt sebagai amalan mulia dan menjadi bekalan berpanjangan serta dikurniakan kesihatan dan diqabulkan segala hajat-hajat tuan/puan.
Semoga sumbangan ini memberi sinar baharu kepada seluruh warga DUAM bagi memulakan sesi pengajian di lokasi baharu.
Sumbangan tuan/puan boleh terus disalurkan melalui akaun bank tertera.
DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB BANK
8600590460
atau
DARUL ULOOM AL MUSTAFA
MAYBANK
5627 4013 7854
atau
DARUL ULOOM AL MUSTAFA
BANK ISLAM
1228 9010 0181 74
Sila kemukakan bukti transaksi ke wasap.my/+60163611740/infaqDUAMbaharu
Ikuti dan LIKE Facebook DUAM di @DarulUloomAlMustafa dan layari laman web DUAM di darululoomalmustafa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan