Isnin, 11 Mac 2019

APAKAH TENAGA DALAM?

APAKAH TENAGA DALAM?

Tenaga Dalaman ialah tenaga berasal dari dalam tubuh yang setelah diproses dengan beberapa teknik, tenaga dalaman seseorang itu akan muncul dan dipindah keluar. Semua orang mempunyai tenaga dalaman tetapi mereka tidak mengendahkan kelebihannya.


Apakah tenaga yang keluar dari tubuh kita? 

Mengenai hal ini, mari kita lihat alam sekeliling kita. Semua benda hidup mempunyai medan elektromagnet dan begitu jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk mengakui kewujudan teori ‘dimensi’ kerana ia bukan benda yang boleh ditimbang atau disukat. Walaubagaimanapun, tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong perkara ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar dan boleh diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon kepada tenaga elektrik dan diukur dengan elektrocardiograms. Sekarang, para saintis mula bersetuju dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga sekeliling tubuh fizikal kita. Jadi manusia lebih dari sekadar tubuh sahaja. Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama dengan aura.

Kelebihannya:

1. Mampu menyembuhkan.
2. Menembus apa saja.
3. Menyertai sinar matahari.
4. Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
5. Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin.
6. Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata.
7. Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.
8. Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu.
9. Beradaptasi dalam perubahan cuaca.
10. Dapat dikendalikan oleh fikiran.
11. Mampu mempengaruhi secara jarak jauh.
12. Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk.


Kelebihan lain:

1. Pertahanan diri
2. Meningkatkan kesihatan
3. Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain
4. Meditasi
5. Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.
6. Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh
7. Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam
8. Pemecahan benda-benda keras
9. Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga dalam
… dan banyak lagi


Sebelum manusia mengenal elektrik, ternyata Allah telah menggelarkan elektrik dalam tubuh manusia secara sangat canggih, bahkan sejak dari dihadirkannya manusia pertama di bumi. Sel-sel dalam tubuh manusia yang jumlahnya lebih dari satu trilion masing-masing mempunyai muatan elektrik sebanyak 90 mv dengan muatan positif diluar membran sel dan muatan negatif di dalamnya. Bila boleh dibuat hubungan seri dalam masalah bekalan elektrik antara satu sel dengan sel yang lain maka memang tubuh manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam menghasilkan voltan elektrik. Misalnya untuk menghasilkan voltan 220 V (voltan elektrik rumah tangga) diperlukan hubungan siri 2500 sel saja, sedangkan tubuh manusia mengandungi lebih daripada 1 trilion sel. Apakah hal yang demikian dapat dilakukan dalam tubuh manusia? Entahlah. Tetapi memang ada diberitakan orang boleh menyalakan bola lampu hanya dengan memegang kutub-kutubnya, sehingga kiranya memang bukan hal yang sangat mustahil, sebab bahan asasnya memang telah tersedia dalam tubuh manusia itu sendiri.

Sudah sejak lama dunia Perubatan memanfaatkan peristiwa elektrik tubuh ini untuk keperluan diagnostik misalnya pencatatan peristiwa elektrik:

Otak yang disebut elektroensefalografi (EEG). 
Jantung yang disebut elektrokardiografi (EKG / ECG). 
Otot yang disebut Elektromyografi (EMG). 

Telah dikemukakan bahawa semua aktiviti fisiologi dalam tubuh manusia berkaitan dengan peristiwa elektrik. Penyerang dengan emosinya yang berkobar dan maksud jahatnya untuk mencelakakan yang akan diserang, akan mempolakan cara menyerang dalam otaknya dan kemudian mewujudkannya dengan pengerahan kekuatan otot yang cukup besar. Kesemuanya ini berkaitan dengan peristiwa elektrik dalam tubuhnya. Makin kuat emosi dan makin keras usahanya untuk mencelakakan makin besar terbangkitnya peristiwa elektrik dalam tubuhnya. Penjanaan peristiwa elektrik dalam tubuh yang diluar kebiasaannya ini akan menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbeza berjalan dengan gelombang elektromagnetik orang bertenaga dalam yang akan diserang, akibatnya ialah gelombang elektromagnetik penyerang mengalami perubahan (terinduksi), dengan akibat lebih lanjut menjadi kacaunya peristiwa elektrik dalam tubuhnya, dengan akibat lebih lanjut lagi iaitu menjadi kacaunya gerakan menyerangnya, yang wujudnya ialah menjadi terpentalnya penyerang tersebut. Keadaannya kiranya sama dengan jarum kompas yang didekatkan dengan letak yang tidak sesuai dengan arah gelombang elektromagnetik gegelung tersebut di atas, yang akan menyebabkan jarum kompas itu bergerak.

Bila orang yang diserang tidak mempunyai tenaga dalam, peristiwa tersebut di atas tidak akan terjadi oleh kerana orang yang tidak mempunyai tenaga dalam tidak memancarkan gelombang elektromagnetik. Lalu soalan seterusnya ialah: Mengapa bukan orang yang bertenaga dalam yang mental oleh pengaruh gelombang elektromagnetik orang yang menyerang? Hal itu pada umumnya tidak akan terjadi oleh kerana orang yang akan diserang biasanya berada dalam kedudukan badan yang lebih stabil dan akan lebih baik lagi bila orang itu juga berada dalam keadaan emosi yang tenang. Di samping itu gelombang elektromagnetik orang yang bertenaga dalam adalah lebih besar, sudah mapan dan mantap (selalu ada) berbanding dengan gelombang elektromagnet "bangkitan sewaktu" dari orang yang sedang beremosi. Makin besar tenaga dalam yang dimiliki orang yang akan diserang, makin tebal selubung gelombang elektromagnetiknya, sehingga semakin sukar bagi penyerang untuk mendekati orang yang akan diserangnya. Ibaratnya jarum kompas (apalagi jarum kompas "bangkitan sewaktu") tidak akan mampu menggerakkan besi magnet dan semakin besar magnet itu maka jarum kompas yang didekatkan kepadanya sudah bergerak walaupun jaraknya masih jauh.
Kalau orang tersebut tidak bermaksud menyerang, sekalipun ia mengerahkan kekuatan otot yang cukup besar, gerakannya tidak akan menjadi kacau oleh kerana arah gelombang elektromagnetiknya mengikut dengan gelombang elektromagnet orang yang mempunyai tenaga dalam tersebut. Keadaannya sama dengan jarum kompas yang terletak berhampiran pada kumparan kawat dengan arus elektrik mengikut dengan kedudukan sedemikian rupa sehingga arah gelombang elektromagnetik gegelung sama dengan arah gelombang magnet jarum kompas itu, sebagaimana telah dikemukakan di bahagian depan. Soalan seterusnya ialah bagaimana bila si penyerang itu juga bertenaga dalam? Nah perlu diketahui bahawa sesama tenaga dalam adalah gelombang elektromagnetik yang searah sehingga tidak akan saling berbenturan. Yang akan bertembung ialah gelombang elektromagnetik "bangkitan sewaktu" hasil dari luapan emosi seseorang terhadap gelombang elektromagnetik tenaga dalam orang lain.

Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan: 

1) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong. 

2) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini! Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru. Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.

Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu. Ramai di peringkat ini. Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini. Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah. Jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman. Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa tawadhu`.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka. Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas. Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.

Semoga memberi manfaat.

Sumber : http://metafizikislami.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
    -Jalan Lemal.kelantan
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
    email : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam