Isnin, 16 Disember 2019

PENDINDING DIRI DAN RAWATAN DIRI BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADIS

PENDINDING DIRI DAN RAWATAN DIRI BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADIS

Dari : Firdaus Bin Hj. Mohd Mubin 
AMALAN DAN RAWATAN DIRI


Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

🔥 AMALAN PEMAGARAN/BENTENG DIRI DAN KELUARGA🔥
~ Al Quran dan Hadis~

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

🕋 AMALAN DIBAWAH INI DIBACAKAN PADA SETIAP WAKTU SOLAT :

Bagi waktu Pagi dan Petang iaitu:
🕕SUBUH
🕖MAGRIB

💢 Selepas beri Salam boleh duduk dalam keadaan duduk tahiyyat akhir atau tahiyyat Awal teruskan dengan bacaan zikir dibawah ini :

🔮 BACA ZIKIR 
● Zikir Sebanyak x10 kali 



Terjemahannya:
Tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya)

💢 Baru boleh duduk bersila

🔮 BACA ZIKIR
● Zikir Sebanyak x7 kali 

 Allahumma ajirna minannar

Terjemahannya:
“Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka" 

🔮 Zikirkan sebanyak x3 kali


A’uudzu bikalimaatillahit taammah, min kulli syaithonin wa haammah, waminkulliaiinin laammah

Terjemahannya:
“Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna dari syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan”

🔮 Zikirkan sebanyak x3 kali


"Bismillahillazi La Yadurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardi Wa La Fis Sama'ie, Wahuwas Sami'ul 'Alim"


🔮 BACA SURAH AL FATIHAH 


Terjemahannya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

🔮 BACA SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5


🔮 BACA AYAT QURSI 



Terjemahannya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

🔮 BACA SURAH AL BAQARAH AYAT 284-286


Terjemahan Ayat 284: 
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan Ayat 285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Terjemahan Ayat 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

LETAKKAN TAPAK TANGAN KANAN DI DADA DAN BACALAH AYAT-AYAT DIBAWAH

🔮 BACA SURAH HASYR AYAT 21-24 
      - BACA 1 KALI.



🔮 BACA SURAH YUNUS AYAT 81-82 
      -BACA SEBANYAK 7 KALI.

🔮 BACA SURAH TAHA SEBANYAK 7 KALI
      -BACA SEBANYAK 7 KALI.

🔮 BACA SURAH AL KAFIRUN 
🔮 BACA SURAH AL IKHLAS 
 - dibacakan sebanyak x3 kali



Terjemahannya:

1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 

3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 

4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

🔮 BACA SURAH AL FALAQ 

 - dibacakan sebanyak x1 kali


Terjemahannya:

1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh

2. daripada kejahatan makhluk-Nya

3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita

4. dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul

5. dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki”


🔮 BACA SURAH AN-NAS 

 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:

1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 

2. raja manusia. 

3. sembahan manusia. 

4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 

6. dari (golongan) jin dan manusia.

🔮 DOA Tadah tangan:

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sucikanlah diriku, keluarkan segala sifat tercela dan bathil dari tubuhku, dan Lindungilah diriku, Keluargaku serta Ibubapaku" 

💢 dan tiup sebanyak x3 kali pada tapak tangan dan sapu muka, kepala, tengkuk dan ratakan ke seluruh badan yang boleh dicapai.


🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

🕋 Manakala Bagi waktu-waktu yang lain :

🕐ZOHOR, 
🕟ASAR,  
🕣ISYAK

💢 Selepas beri Salam boleh duduk dalam keadaan duduk tahiyyat akhir atau tahiyyat Awal teruskan dengan bacaan zikir dibawah ini :


🔮 BACA ZIKIR 
● Zikir Sebanyak x3 kali 

Terjemahannya:
Tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya)

💢 Baru boleh duduk bersila


🔮 BACA ZIKIR

● Zikir Sebanyak x3 kali 

 Allahumma ajirna minannar

Terjemahannya:

“Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka" 

🔮 BACA SURAH AL FATIHAH 


Terjemahannya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

🔮 BACA AYAT QURSI 




Terjemahannya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

🔮 BACA SURAH AL IKHLAS 
 - dibacakan sebanyak x1 kali


Terjemahannya:
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

🔮 BACA SURAH AL FALAQ 
 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:
1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh
2. daripada kejahatan makhluk-Nya
3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita
4. dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
5. dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki”

🔮 BACA SURAH AN-NAS 

 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:

1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 
2. raja manusia. 
3. sembahan manusia. 
4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 
6. dari (golongan) jin dan manusia.

🔮 DOA Tadah tangan:

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sucikanlah diriku, keluarkan segala sifat tercela dan bathil dari tubuhku, dan Lindungilah diriku, Keluargaku serta Ibubapaku" 

💢 dan tiup sebanyak x3 kali pada tapak tangan dan sapu muka, kepala, tengkuk dan ratakan ke seluruh badan yang boleh dicapai.

~ Moga Memberi Manfaat ~

🔥 Ikhtiardanrawatanmistik🔥

#boleh dikongsikan pada yang memerlukannya.

Ahad, 8 September 2019

Hanya hadis-hadis berikut yang sahih tentang fadhilat surah-surah di dalam Al-Quran:





Hanya hadis-hadis berikut yang sahih tentang fadhilat surah-surah di dalam Al-Quran:

1. “Fatihatul Kitab”( Surah Al-Fatihah - سورة الفاتحة), tidak diturunkan seumpamanya baik di dalam Taurat atau Injil atau Zabur

2. ( Surah Al-Baqarah - سورة البقرة dan Surah A-li'Imraan - سورة آل عمران ) adalah dua surah yang gilang gemilang.

3. Ayatul Kursy adalah penghulu ayat - ayat Al-Quran.

4. Dua ayat di akhir ( Surah Al-Baqarah - سورة البقرة ) memadai untuk keselamatan pembacanya pada sesuatu malam.

5. Syaitan tidak akan menghampiri rumah yang dibaca padanya ( Surah Al-Baqarah - سورة البقرة ).

6. Orang yang membaca sepuluh ayat di permulaan ( Surah Al-Kahfi - سورة الكهف ) akan terpelihara dari pada fitnah dajjal.

7. ( Surah Al-Ikhlaas - سورة الإخلاص ) menyamai sepertiga Al- Quran.

8. “Al- Mu’awwizatain” ( Surah Al-Falaq - سورة الفلق dan Surah An-Naas - سورة الناس ) adalah pelindung terbaik untuk orang yang mahukan perlindungan.

9. (Surah Az-Zalzalah - سورة الزلزلة) - menyamai separuh Al-Quran.

10. (Surah Al-Kaafiruun - سورة الكافرون) menyamai seperempat Al-Alquran.

11. (Surah Al-Mulk - سورة الملك) ialah penyelamat dari azab kubur.

#ikhtiardanrawatanmistik

Isnin, 17 Jun 2019

MADU TUALANG ASLI

KHASIAT MADU TERBUKTI MENERUSI KAJIAN SAINTIFIK
Oleh Dr Nur Huda Faujan dan Prof Madya Dr Zaiton Hassan


MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.


Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.


Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

Kedua-dua penulis dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.

Credit-Sumber dari : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/03/402243/khasiat-madu-terbukti-menerusi-kajian-saintifik

#ikhtiardanrawatanmistik
#MakananSunnah
#Akan Datang kami akan mengeluarkan Madu Tualang Syifa'

GUM ARABIC @ AL-MANNA

MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA


Manfaat Gum Arabic sebagai prebiotik semula jadi kini dilihat berupaya membantu meningkatkan mutu kesihatan dengan lebih baik terutama bagi pengguna yang telah mengamalkannya dalam bentuk pemakanan dan minuman.


Getah Arab Sudan antara nama Gum Arabic yang diperkenalkan kepada masyarakat. Faedah dan manfaat getah pokok akasia ini semakin diterima ramai apabila ia turut dikenali sebagai al-manna, gula mentah, gam arab, gam akasia dan akasia senegal.


Serbuk ‘al-manna’ adalah nama panggilan yang paling popular digunakan sekarang ini, bermula pemakaian sebutan al-manna dari benua Afrika, Timur Tengah hingga ke Asia. Bangsa Eropah yang mengkaji kebaikan al-manna dari sudut faedah dan manfaat untuk kesihatan terus kekal menggunakan perkataan ‘gum arabic’ dalam penulisan kajian dan penyelidikan.

Manfaat Gum Arabic Sebagai Pemakanan Kesihatan

Serbuk getah pokok acacia senegal Al-Manna telah digunakan di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Gum arabic bukan sejenis ubat atau herba yang digunakan untuk memulihkan masalah kesihatan. Ia hanya makanan kesihatan yang mempunyai manfaat dan khasiat mineral seperti kalsium dan prebiotik semula jadi tinggi untuk menambah keperluan serat harian.

Gum Arabic @ Al-Manna turut dimanfaatkan oleh pengguna yang mempunyai masalah kesihatan seperti berikut:

1. Pesakit buah pinggang memanfaatkan Gum Arabic untuk kesihatan yang lebih baik.

2. Gum Arabic dimanfaatkan sebagai ikhtiar oleh pesakit buah pinggang hingga mencapai kesihatan buah pinggang yang lebih baik tanpa memerlukan rawatan dialysis.

3. Kesihatan yang baik membantu penurunan kreatinin dalam darah ke peringkat yang lebih baik. Bermula dengan ikhtiar antaranya pengamalan serbuk getah pokok akasia Gum Arabic.

4. Badan yang sihat, cergas dan bertenaga datangnya dari budaya hidup yang sihat antaranya pengamalan pemakanan yang sihat termasuk ikhtiar minuman harian serbuk gula mentah semula jadi Gum Arabic.

5. Radikal oksigen bebas memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Gum Arabic mempunyai khasiat membantu mengurangkan kesan radikal oksigen bebas.

6. Apa itu butyrate? Butyrate ialah metabolit utama atau makanan penting untuk kelangsungan hidup bakteria baik dalam kolon. Gum Arabic diakui umum sebagai sumber prebiotik semula jadi dan ia sangat baik untuk percambahan sel-sel bakteria baik dalam usus (kolon). Ikhtiar terbaik untuk menghadapi masalah usus dan penghadaman.

7. Terdapat kajian (saintis di Eropah) mengenai penggunaan gum arabic untuk menurunkan masalah darah tinggi. Gum Arabic sebagai salah satu ikhtiar dalam membantu meningkatkan kesihatan.

8. Selsema dan demam antara cadangan menggunakan Gum Arabic oleh pelajar tempatan yang membuat penyelidikan manfaat dan kebaikan al-manna terhadap bayi yang tidak boleh diberikan ubat (tempoh awal bayi) yang mengalami masalah tersebut. Gum Arabic juga sebagai ikhtiar.

9. Gum Arabic bersifat pengemulsi dan ejen penstabil semula jadi yang mampu menghalang pembentukan lemak dan gula dalam darah. Pengguna yang mempunyai masalah kencing manis memanfaatkan Gum Arabic sebagai ikhtiar.

10. Mengawal selera makan antara cara yang digunakan untuk menurunkan berat badan berlebihan. Gum Arabic sangat baik untuk mengawal selera makan (makan ketika hanya perut kosong). Gum Arabic boleh dijadikan ikhtiar untuk menjaga selera makan yang berlebihan.

11. Larutan Gum Arabic yang dibancuh ke dalam air juga turut dimanfaatkan sesetengah pengguna untuk penjagaan wajah atau masker. Hasilnya kulit lebih licin dan anjal.

12. Terdapat di kalangan kaum hawa yang mengamalkan Gum Arabic mendapati perjalanan haid dalam keadaan lancar dan mengurangkan masalah senggugut.

13. Gout adalah masalah yang dihadapi ramai warga emas terutama lelaki. Gout juga boleh berlaku di kalangan golongan muda yang mengabaikan gaya hidup sihat. Apa yang menarik, Gum Arabic sering mendapat maklum balas yang positif di kalangan pesakit gout selepas mengamalkannya. 

14. Gum arabic bukan ubat dan bukan juga herba. Masalah buasir mungkin boleh diikhtiar dengan Gum Arabic setelah mendapat maklum balas yang baik juga di kalangan pengguna yang mengalami sakit buasir.

15. Penyakit migraine juga tidak mengenal usia. Golongan muda kini bukan asing lagi dengan masalah migrain. Cadangan gum arabic untuk penyakit migrain mungkin boleh dilakukan sebagai ikhtiar membantu kesihatan yang lebih baik.

16. Masalah kudis dikaitkan dengan pelbagai masalah lain. Penjagaan kebersihan, pemakanan, alahan dan penyakit lain. Gum Arabic turut dimanfaatkan oleh pengguna yang mempunyai masalah kudis dan alahan sebagai ikhtiar.

17. Bangun pagi dalam keadaan mudah dan bertenaga. Terdapat pengguna Gum Arabic yang merasai perubahan ini apabila minum serbuk getah arab Sudan ini sebelum tidur. Kalsium dalam gum arabic membantu proses tidur yang lena.

18. Keberkesanan Gum Arabic dalam membantu mengurangkan masalah sendi telah dikongsi oleh Prof. Dr. Aminah Abdullah yang membuat kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kenyataan ini terdapat dalam portal akhbar Sinar Harian.

19. Masalah terlalu letih dengan urusan kerja harian tidak boleh dipandang ringan. Warga tua yang telah menjadikan Gum Arabic sebagai ikhtiar kesihatan telah berkongsi dengan teman yang lain selepas berpuas hati dengan serbuk gula mentah akasia ini.

20. Masalah asma dan penyakit kulit juga disarankan untuk berikhtiar dengan Gum Arabic. 

21. Penyakit batu karang yang dapat dikesan di peringkat awal. Terdapat pengguna yang telah mengamalkan Gum Arabic sebagai ikhtiar setelah mendapat tahu mempunyai masalah batu karang di peringkat awal akhirnya sisa batu karang dapat dikeluarkan melalui air kencing.

22. Masalah lutut selalunya akan berkait dengan masalah sendi. Ramai pengguna yang memberi maklum balas positif sebagaimana diperkuatkan lagi dengan info nombor 18 di atas.

23. Penyakit kanser adalah penyakit yang paling digeruni semua orang. Penggunaan Gum Arabic turut disarankan sebagai ikhtiar dalam membantu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Gum Arabic adalah salah satu darinya.

24. Gejala sembelit pasti akan dilalui semua orang walaupun hanya beberapa kali. Ramai pengguna yang mempunyai masalah sembelit memberi maklum balas yang baik hasil pengamalan Gum Arabic. Selain itu banyak juga produk lain yang menambah Gum Arabic dalam kandungan suplemen antaranya melibatkan penggunaan untuk kanak-kanak. Hal ini membantu proses penghadaman dan mengelakkan gejala sembelit.

25. Gum Arabic dipercayai mampu membantu sistem pertahanan badan atau lebih dikenali sebagai sistem imun. Rangsangan sel dendritik atau dendritic cells (DSC) yang merupakan sel pertahanan penting bagi sistem imun berfungsi untuk memproses bahan antigen dan menerbitkannya sebagai sel yang dapat menghubung antara immunity innate dan penyesuaian. Gum Arabic dicadangkan untuk membantu kesihatan sistem imun badan.

26. Penyerapan bahan mineral yang lebih baik turut dikaitkan dengan pemakanan yang diambil seharian. Makanan yang tidak berkhasiat dan berisiko tentunya mengganggu proses penyerapan mineral yang diperlukan badan. Gum Arabic dipercayai dapat membantu proses penyerapan mineral dengan lebih baik seperti mineral kalsium, zink dan sodium.

27. Gum Arabic boleh dijadikan ikhtiar makanan kesihatan untuk menghalang masalah pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan.

28. Terdapat pesakit buah pinggang yang mengamalkan gum arabic berjaya mengurangkan paras urea dan bahan nitrogen dapat dikeluarkan melalui proses pembuangan najis. Gum Arabic boleh dijadikan ikhtiar dalam menghadapi masalah ini.

29. Gejala cirit-birit juga pasti akan dilalui setiap orang. Gum arabic juga digunakan sebagai ikhtiar dalam penjagaan usus untuk mengelakkan gejala cirit-birit agak tidak berterusan. Gum Arabic baik untuk kesihatan usus.

30. Ibu bapa yang mempunyai anak yang hiperaktif turut disarankan untuk mencuba Gum Arabic sebagai ikhtiar mengurangkan masalah tersebut.

31. Masalah kolesterol tinggi tidak mengenal fizikal badan seseorang. Kolesterol tinggi tidak semestinya hanya berlaku kepada orang yang gemuk dan bukan bermakna orang yang kurus bebas dari masalah kolesterol tinggi. Hasil maklum balas yang diperolehi dari pengguna yang mengamalkan gum arabic menunjukkan penurunan kolesterol ke paras yang lebih rendah. Gum Arabic amat baik untuk menurunkan kolesterol bagi pengguna yang mempunyai masalah tersebut.

32. Memanfaatkan Gum Arabic untuk kesihatan usus juga akan memberi hasil yang baik kepada saluran gastro usus yang terdapat beberapa organ penting di esofagus seperti perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.

Kesimpulannya manfaat, faedah dan kebaikan Gum Arabic sangat baik untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Gum Arabic bukan ubat-ubatan atau ubat tradisional dan herba. Gum Arabic hanya diambil dari getah pokok akasia senegal secara asli dari negara Sudan di Benua Afrika. Getah pokok akasia ini bersifat cairan di peringkat awal dan menjadi ketulan diproses menjadi serbuk halus untuk memudahkan pengguna membuat penyediaan.

Gum Arabic didatangkan secara import sepenuhnya dari Sudan dalam bentuk serbuk. Getah pokok akasia senegal yang turut dikenali sebagai al-manna, gula mentah, gam arab, gam akasia atau acacia senegal merupakan arabic gum yang paling tinggi sumber prebiotik semula jadi. 

#ikhtiardanrawatanmisitk
#Herba Arissa
#MakananSunnah

Credit - Sumber dari :
https://www.almannaameer.com/2017/07/27/manfaat-gum-arabic-al-manna-ameer/

Jumaat, 17 Mei 2019

SET TERAPI AROMA MAHABBAH AURA SUKSES


BARU TAHUN 2020



SET TERAPI AROMA MAHABBAH AURA SUKSES
Sebagai Ikhtiar Dalam Merawat Diri, Menyihatkan dan Menyegarkan Tubuh Badan
 Harga SM/SS - RM120.00/RM130.00
- UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA



💞 1. TERAPI WANGIAN MAHABBAH 7ml 

- Pemagaran Diri dengan disapu pada sendi tangan/ pakaian/ tengkuk/ belakang telinga/ pusat/ dada (hilangkan debaran)
- Bayi kerap Menangis,
- Boleh dijadikan untuk wangian diri, dan menguatkan semangat diri, 
- Boleh disapu pada tempat gigitan/ lebam di tubuh atau peha,
- Penunduk dan Pendinding dari serangga/binatang berbisa, 
- Sapu ditempat gatal atau bintat gigitan, 
- Menaikkan Aura Seri dan Pengasih, 
- Menaikkan Aura Kasih Sayang dan Masalah Jodoh
- Meningkat Aura Kejayaan/Sukses, 
- Sentiasa disenangi Orang Sekeliling,
- Menghindar dan Merawat bagi Masalah Sihir, Pukau, Pandangan Jahat AIN dan Mengelak dari segala gangguan Makhlus Halus. Dengan izin Allah.

💞 2. TERAPI AROMA WANGIAN GARAM MAHABBAH 500gm 

- Pemagaran Diri/Rumah/Kedai,
- Membaiki Kebocoran Aura, Menaikkan Aura Seri Pengantin,
- Menghalau Makhlus Halus, Rawatan Sihir, Saka dan Pandangan Jahat Ain, 
- Membuang Angin Jahat Dalam Tubuh,
- Rawatan Kemurungan/ Bisikan,
- Rawatan Penyakit Klinikal,
- Masalah Rumah Tangga dan Masalah Jodoh, 
- Aura Pelaris dan Menarik Rezeki 4 Penjuru Alam, 
- Menstabilkan Energy Tubuh, 
- Memusnahkan Sarang Jin Dalam Tubuh,
- Ikhtiar Dalam Merawat 1001 penyakit dan khasiat. Dengan izin Allah.

🌟 TERAPI MANDIAN GARAM MAHABBAH DAN PEMAKAIAN WANGIAN MAHABBAH


Kaedah Amalan Mandian Garam selama 7 hari berturut-turut dan selepas itu di jarakkan kepada 3 hari sekali. Selepas Mandian Garam Mahabbah, perlu memakai Wangian Mahabbah agar tubuh kita sentiasa wangi. Ini adalah kerana Jin Kafir tidak suka bauan wangi. Digalakkan juga sapu pada tempat-tempat pada tubuh yang selalu berbau yang tidak menyenangkan seperti celah-celah pelipat, lubang pusat, belakang telinga dan kemaluan.

Bagus untuk amalan secara berterusan dalam menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan.

 🔥 Cara Mandian Garam Mahabbah

💞 Mandi biasa dan bersihkan diri terlebih dahulu. (Bilasan Mandian)

💞 Baru gunakan Garam Mahabbah dengan 3 sudu ke dalam setengah baldi air. 

💞 Gunakan tangan kanan utk mengacau air LAWAN ARAH JAM sambil NIAT yang sesuai.................. utk tujuan apa sehingga garam hancur/larut.

💞 Kemudian Mandi Air tersebut sambil selawat nabi, bermula dari kepala, bahagian Kanan, bahagian Kiri dan lebihkan siram air di belakang tengkuk (bahagian belakang).

💞 Cara begini jika anda amalkan..Jika angin banyak dalam badan Inshaa Allah akan keluar, jika Ada gangguan Makhluk Halus Inshaa Allah akan keluar, berkurangan dan Hilang. 

💞 Sekiranya lepas Mandi anda Rasa loya, Pening, Nak Muntah, Sendawa ..Itu makna nya di dalam tubuh anda ada gangguan. Jika dalam badan Ada gangguan yang lama selepas Mandi, badan akan Jadi Penat Dan Tak bermaya/ Lesu. Teruskan Mandian untuk Keesokan harinya dan berterusan.

💞 Sekiranya anda amalkan buat mandian ini 7 hari berturut turut dan dijarakkan 3hari sekali, Dengan izin Allah badan akan Rasa lebih segar.

💞 Mandi sebaiknya Sebelum Subuh @ Sebelum Maghrib (waktu asar) @ Sebelum melakukan Amal Ibadah waktu malam


Nota:
💥Penggunaan Terapi Mandian Mahabbah sesuai utk semua bangsa dan agama.
💥tiada pantang larang


Bagi yang beragama ISLAM, Di Ijazahkan Amalan Diri Dalam Mendekatkan Diri Kepada ALLAH, Amalan Pemagaran Rumah/Kedai dan Kaedah Air Penawar Sufi

 KEBERKESANAN ENERGI MINYAK SERTA MERTA, CUKUP SEKADAR PEGANG SAHAJA ANDA TERUS MERASAI GETARANNYA 

Untuk mendapatkannya boleh WhatsApp : 
http://www.wasap.my/60122705451/berminatSetGaramMahabbah

❤ Terima kasih kerana sahabat sudi membacanya ❤

#ikhtiardanrawatanmistik
#terapimandiangarammahabbah
#pakatpakatsharebagiyang memerlukan










Untuk tempahan boleh WhatsApp terus : 





Pembayaran secara atas talian @ ONLINE Payment

 DGR DRASTIC GOLD RESOURCES
8600774571


FIRDAUS MOHD MUBIN
162179750032

Hantarkan slip pembayaran @ snapshot pembayaran ke :
         http://www.wasap.my/60122705451/garammahabbah



Urusan penghantar melalui POS LAJU & J&T



Semakan penghantaran