Rabu, 10 Mac 2021

AMALAN DIRI AYAT 7


AMALAN DIRI AYAT 7

Ayat Tujuh juga dipanggil ‘Ayat Munjiyat’ adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.

Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.

1. Surah At Taubah – Ayat 51
2. Surah Yunus – Ayat 107
3. Surah Hud – Ayat 6
4. Surah Hud – Ayat 56
5. Surah Al Ankabut – Ayat 60
6. Surah Al Fathir – Ayat 2
7. Surah Az Zumar – Ayat 38

Ayat Pelindung Diri

Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah anda akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.

Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:

1. Penangkal Sihir
2. Menyerikan wajah
3. Ditunaikan segala hajat
4. Membawa keberkatan
5. Dicatat pahala yang banyak
6. Dijauhkan dari gangguan iblis
7. Terpelihara dari tipu daya musuh
8. Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.


Menurut Ka’abul Akhbar:

Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

Berkata Syaidina Ali r.a.:

Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.

Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.

1. Surah At Taubah ayat 51



Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".


2. Surah Yunus ayat 107



Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

3. Surah Hud ayat 6



Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


4. Surah Hud ayat 56

" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

5. Surah Al Ankabut ayat 60

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

6. Surah Al fathir ayat 2



Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

7. Surah Az Zumar ayat 38



Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".


والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Rabu, 20 Januari 2021

AMALAN MAKANAN SUNNAH

 Apa kata kita cuba amalkan makanan-makanan yang digemari Rasulullah SAW seperti di bawah ini. Selain sunnah, makanan-makanan ini turut mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat.





Berikut kami kongsikan 12 makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW yang anda boleh cuba masukkan ke dalam diet harian anda


1. Buah Delima

Delima yang diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti fosforus, riboflavin dan lain-lain, membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Ekstrak delima membekalkan nutrisi kepada sel-sel fibrocast dan ini merembeskan lagi elastin, kolagen dan lain-lain membantu rembesan dalam mencantikkan kulit.

2. Buah Kurma


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

3. Buah Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

4. Barli



Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang membantu untuk menurunkan kolesterol.

Membantu untuk mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

Barli mempunyai khasiat yang tinggi kerana mengandungi sumber yang mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan, dan selenium, dan sumber yang baik tembaga, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium, dan niasin.

5. Buah Ara/Tin



“Demi buah tin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). 
Allah SWT telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin.”

40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida.

Buah Ara juga mengandungi kandungan serat yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.

Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C.

6. Buah Anggur ( kismis )


Kismis sarat akan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin sehingga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.

Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

7. Madu



Madu mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.

Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.

Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).

8. Susu


Susu membekalkan nutrisi termasuk kalsium, kalium, fosporus, protein, vitamin A, D dan B12, yang mana melengkapkan diet harian akan membawa kesemua nutrisi penting ini ke dalam tubuh seseorang, lantas menjadikan peminum susu lebih bertenaga.

Minum susu dua kali sehari dan bukan dua kali seminggu bersama minuman berjus bagi menambah vitamin C dalam badan.

Segelas susu mampu membekalkan sembilan nutrisi lengkap untuk tubuh badan bagi mencergaskan minda, menyihatkan badan dan menguatkan tulang.

Susu bukan menggemukkan badan dan menyebabkan kanser.

Susu sumber makanan yang membantu mendapatkan vitaman D selain cahaya matahari.

9.Habbatus Sauda

Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
Mengatasi gangguan kulit (ekzema, jerawat, flek dan luka kulit)
Merawat epilepsi dan kejang
Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran
Mengubati gangguan pencernaan (sakit ulu hati) dan cirit-birit
Anti sakit (analgesia)
Merawat sakit kepala (migrain)
menyembuhkan anemia
Merawat dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
Menormalkan aktiviti otot-otot jantung

10. Saffron


Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin) 
membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin.

Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.

11. Buah Zaitun



Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun bagus kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.

Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. 

Tingginya jumlah zat besi yang ada di dalam buah zaitun akan meningkatkan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh anda. Selain itu buah zaitun akan mengikat oksigen di dalam darah anda sehingga membuat anda lebih sihat.

12. Cuka


mengubat radang perut
mencegah penyakit kuning
mencegah bahaya ubat ubat kimia beracun
bahkan boleh mencairkan susu ibu dan darah jika berlaku pembekuan di dalam tubuh.
membantu penghadaman
melawan kahak
melembutkan makanan makanan keras
serta melancarkan peredaran darah.

Kami dari ikhtiardanrawatanmistik ada menjual Madu Asli, Garam Mahabbah, dan Kasturi Hitam

Untuk mendapatkan MADU YASHFIIN boleh klik dibawah ini


Marilah kita mengamalkan pemakanan sunnah iaitu MADU sebagai asbab kesihatan dan penyembuhan diri.


Antara kaedah pengisian bacaan ruqyah pada Madu Asli.  Setelah madu ini diRuqyah biasanya rasanya akan berubah dan lebih enak bergantung kepada pesakit. 

Ada pesakit yang ada gangguan jin akan muntah, rasa tak sedap. 

Dan ada juga yang bertanya kenapa madu ini takde buih dalam botol, ini adalah kerana kaedah pengisian yang betul secara mengalir. Dan juga proses tapaian madu selesai.

Sebagai ikhtiar rawatan penyembuhan dari Al Quran 

In shaa Allah seribu penawar masuk dalam tubuh, sejuta penyakit keluar dari tubuh

Rasulullah SAW bersabda :
”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”.
(lihat Sunan Ibnu Majah, j.II, h.1142, hadist no.3452, bab Madu)

Untuk lebih mudah, bolehlah membuat pembelian di SHOPEE

LAWATI KEDAI KAMI YANG SEDERHANA NI

#maduasli 
#maduoriginal 
#madu 
#madurukyah
#madutualang 
#AntiCovid19
#alqurandanmadu 
#ikhtiardanrawatanmistik