PERGURUAN AKADEMI RUQYAH SYAR’IYYAH HOLISTIK (ARASH)

KENAPA KITA DIUJI?

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman : 

".... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"

(Surah al-Baqarah : 216)



Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"



Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.



Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujianNya"


Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi tidak suka diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.

DAPAT MELIHAT JIN BUKANLAH SATU KELEBIHAN ATAU ANUGERAH DARIPADA ALLAH TETAPI SATU PENYAKIT YANG PERLU DI RUQYAH

Jadi persoalannya:

1.Bolehkah manusia melihat jin?kalau boleh dalam bentuk yang bagaimana asli@jelmaan?

2.Bagaimana dgn Abu Hurairah ra. menangkap jin sambil di pegang jin itu kerana mencuri makanan zakat baitulmal?

3.Bagaimana pula Rasulullah SAW yg mencekik jin?



Makhluk jin hanya tidak boleh dilihat dalam bentuk asal tapi kalau bentuk jelmaan boleh dilihat oleh sesiapa pun jika jin itu hendak menjelma spt menjelma dalam bentuk binatang berbisa & buas sebagai contoh ular tedung (king cobra), kala jengking, lipan, anjing hitam..juga makhluk jin bleh menjelma dalam bentuk manusia kecuali Para Nabi & Rasul..pernah jin @syaitan menjelma seperti wajah suraqah bin malik ketika menuju perang badar, ada juga jelmaan jin dlm bentuk yang menakutkan seperti pocong, pontianak yang kita namakan hantu.



Apa sebab manusia boleh melihat jin? kerana dalam badan manusia itu sendiri ada jin, saka, kerana mempunyai perasaan takut yg melampau, lemah semangat yang melampau, dapat melihat jin jelmaan boleh juga berlaku apabila terminum air sihir @ terkena sihir, mata telah di buka hijab oleh makhluk jin yg bernama al ghailan sejenis jin sihir @ di buka hijab mata oleh bomoh atas bantuan jin, kebiasaan budak berumur 7 tahun kebawah pun boleh melihat jin @ lelaki/perempuan berumur 70 tahun ke atas boleh melihat jin dalam bentuk jelmaan.

Abu Hurairah menangkap jin bukan dlm bentuk asal @ jelmaan yg menakutkan tapi dalam bentuk jelmaan manusia kerana telah mencuri makanan zakat baitulmal ada dalam hadis riwayat Imam Bukhari.

Adapun Rasulullah di ganggu jin ifrit ketika solat telah di beri kemampuan oleh Allah untuk mencekik jin ifrit sebab dia seorang Nabi sudah pastilah di pelihara oleh Allah & hanya para Nabi & Rasul sahaja dikhabarkan oleh Allah tentang perkara ghaib melainkan sedikit.

Kata Imam Syafi'e

"Barangsiapa yang mengaku boleh melihat jin dalam bentuk asal maka kami tolak persaksiannya melainkan jika dia seorang Nabi".

Dalam kitabnya Al Umm juga Imam Syafi'e menyatakan "Barangsiapa mengaku boleh melihat jin dalam bentuk asal maka tertolak hujahnya".



Peserta kursus yang di adakan di Akedemi ARASH Malaysia

Saya kongsikan disini tempat untuk kita belajar Ruqyah Syar'iyyah di Malaysia samada untuk diri sendiri dan juga melahirkan Perawat Islam Syar'iyyah.



AKADEMI RUQYAH SYAR’IYYAH HOLISTIK (ARASH)


Sebuah Akademi Rawatan Perubatan Islam yang diasaskan oleh Ustaz Amirul Mukminin al-Faruq, perawat Islam Malaysia yang berpengalaman merawat lebih dari 10 tahun. Akademi ARASH merupakan salah satu PLATFORM yang bertanggungjawab di Malaysia dalam melahirkan seramai mungkin Perawat Islam Syar'ie dengan membuat program-program Islamik khususnya berkenaan ilmu perubatan islam ruqyah syar'iyyah dengan lebih holistik (menyeluruh).



Founder Akademi ARASH merupakan alumni yang diijazahkan terus oleh Founder Quranic Healing International (QHI) itu sendiri & diamanahkan oleh Founder QHI sebagai Ketua Umum QHI Malaysia.



Dengan itu, Akademi ARASH telah bekerjasama dengan banyak pusat rawatan Islam & guru2 dalam bidang Perubatan Islam seluruh nusantara termasuk Timur Tengah.



Dengan kerjasama baik ini, Akademi ARASH akan menghadirkan Guru-Guru utama dalam memantapkan pengisian setiap modul yang disediakan.



Secara umumnya Akademi ARASH akan membuat pendedahan pada masyarakat tentang kepentingan Ilmu Perubatan Islam ini, yang sebelumnya dikuasai oleh golongan2 tertentu sahaja.



ARASH akan membuat perkongsian dengan lebih terbuka & akan terus membuat perkongsian khususnya kepada pesakit-pesakit yang sudah lama mencari kesembuhan dengan cara yang dianjurkan oleh Islam dengan menggunakan formula yang telah dirangkumkan dalam formula yang dipanggil "QUR'ANIC THERAPY & TAZKIYYATUN NAFS" (Faktor terbesar kesembuhan).



QHI @ Quranic Healing International


Sebuah Pertubuhan/Persatuan/Organisasi bertanggungjawab yang melahirkan Perawat Islam Syar'ie & merawat pesakit menggunakan Teknik dengan Rujukan berpandukan Al-Quran & Sunnah dan beberapa kaedah perawatan yang menepati Syara'. Ia digunapakai oleh TEAM QHI & diberi nama QUR'ANIC HEALING TECHNOLOGY.



QURANIC HEALING INTERNATIONAL atau QHI merupakan sebuah Team dakwah terbesar dalam melahirkan Perawat Islam Syar'iyyah di Indonesia & mempunyai lebih dari 1,000 orang perawat professional di Indonesia.



Terkini bagi yang berminat!!!!

Sertailah Kursus Ruqyah Syar'iyyah

Setiap org perlu ada ilmu utk merawat ahli keluarga sendiri. Tak perlu harapkan perawat.

Ingin tahu Doa & Amalan yg diajarkan kepada peserta kursus? Jemput hadir kursus kami 👇👇👇

➡ Untuk mendaftar sila wassap nama penuh, lokasi & no ic

1️⃣ 23 Mac 2019 di Johor Bharu.

2️⃣ 30-31 Mac 2019 di Miri, Sarawak.


Ustaz Amirul Mukminin al-Faruq









Antara Produk-Produk yang telah di Ruqyah melalui Terapi Al Quran untuk rawatan kerohanian.





Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan