Rabu, 27 Mac 2019

DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA





Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat. 

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.




Amalkan bacaan surah-surah dibawah selama 44 hari untuk mendapatkan keberkesanannya In Syaa Allah. 

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air (air mineral atau air zam zam) dan Sebungkus Garam Kasar.


Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari dan Mandi (bilasan mandian terakhir) dengan air yang telah dicampurkan segenggam garam (yang telah dibacakan tadi) 


Jika rasa nak muntah, maka muntahkan sahaja jangan ditahan-tahan. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan berterusan. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.


Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:
- Berwuduk
- Arah Kiblat
- sebaiknya atas sejadah

BERDOA dengan niat : 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku pohon jadikanlah air penawar dan garam ini sebagai asbab penyembuhan bagi penyakit zahir dan bathin. Dan pagarilah diriku dari Sihir, Pandangan Ain, Khianat....Manusia, Jin, Iblis, Syaitan Laknatullah dan sekutunya. Jika ia berada dalam tubuhku, maka aku perintahkan ia keluar, jika ia berdegil maka bacaan Rukyah ini akan membinakan, memanaskan, menghancurkan segala musuh Allah dengan izin Allah.

Mulakan bacaan...dengan setiap kali bacaan surah dihembus nafas lembut.

1. Istighfar 3x
2. Shalawat Nabi 10x
3. Al-Fatihah 1x
4. Ayatul Kursi 1x
5. Surah Al Ikhlas 1x
6. Surah Al Falaq 1x
7. Surah An Nas 1x

8. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.





9. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.





10. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.





11. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.





12. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,





Ikhtiar selagi boleh...

Moga bermanfaat, In Shaa Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan