Khamis, 14 Mac 2019

AIR NABEEZ (AIR RENDAMAN KURMA)



Sedikit perkongsian dari guru saya :

Bismillahirrahmanirrahim

وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انْظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
.
"Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman". (Al-An’am : 99)
.
🌴 Penyebutan Kurma dalam Al-Quran
.
Terdapat 21 ayat tentang kurma: [ 2:266, 6: 99 & 141, 13:4, 16:67, 17:91, 18:32, 19: 23-25, 20:71, 23:19, 26:148, 43:34, 36:10, 50: 10, 55:11 & 68, 69:7, 80:29] 
.
👉 Lafaz yang digunakan dalam al-Quran adalah : 

• al-Nakhlah النخلة yang bererti sebiji kurma, dalam bentuk mufrad, kata nama tunggal. Ia disebut hanya sekali sahaja. 
• al-Nakhil النخيل dan al-Nakhlu النخل yang bererti beberapa atau gugusan kurma, dalam bentuk jama’. Lafaz an-Nakhil disebut 7 kali, manakala lafaz al-Nakhlu diulang sebutannya sebanyak 11 kali. 
• al-Rutob الرطب yang bererti kurma yang sedang mekar dan masak, kurma basah, disebut lafaznya hanya dua kali.
.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
.
Setiap makanan sunnah itu ada keberkahannya. Saya selalu menasihatkan pesakit utk makan Kurma AJWA atau membuat AIR NABEEZ.
.
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis yang direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas air yang bertutup) untuk diminum keesokkan paginya. Mengikut sumber tertentu, ia dikatakan sebagai minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW.
.
Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) kemudian meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya. Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini. Salah satunya riwayat dari Imam Muslim, iaitu seperti berikut:
.
عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.

[Sahih muslim]
.
Daripada Ibn 'Abbas, katanya: Rasulullah SAW selalu dibuat nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.
.
Maksubnya rendaman malam dan diminum keesokkan paginya. Itu yang diamalkan oleh Rasulullah. Bukan rendam lama 2,3 hari baru minum.
.
Berbicara mengenai infused water, orang barat baru sekarang faham dan baru mempopularkan khasiat infused water ini. Tetapi Nabi telah lama melakukan hal ini.
.
🌴 Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:
👉 Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
👉 Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
👉 Pemberi zat besi yang sangat bagus.
👉 Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.
.
Khasiat Air Nabeez
.
Air nabeez adalah minuman yang mengandung alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.
.
Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.
.
Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.
.
Cara Menyediakan Air Nabeez Kurma
.
1⃣Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
2⃣ Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3⃣ Keesokan hari, air tu dah boleh diminum.
4⃣ Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan semasa perut kosong.
5⃣Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa. Tapi bila tak ada, ambil kurma yang lain.
.
Disusun oleh: Amirul Mukminin Al-Faruq (14 Mac 2019)

.
#ARASH
#ProjekARASH
#ARASHAQIDAHCENTRE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan