Apa itu amalan diri?
Amalan diri adalah amalan yang dilakukan secara berterusan dan tetap
setiap hari.
Amalan diri ini adalah sesuai untuk diri sendiri dan juga berjemaah
bersama keluarga. Ia diolah dan disusun oleh saya sendiri berdasarkan beberapa
perguruan terdahulu dan sekarang.
Dalam setiap amalan yang dilakukan perlu ada istiqamah dan
jazamkan amalan tersebut. Jazamkan amalan bermaksud menjadikan amalan tersebut
sebati dalam diri kita. Bila dah sebati, maka mudah dan ringan untuk kita
amalkan.
Antara Khasiatnya adalah Membangkitkan
Potensi Diri, Menguatkan Jasad, Merawat Diri, Membentengi diri kita dari
gangguan Jin, Sihir, dan 'Ain (mata setan), dan Segala GANGGUAN Negatif.
Terbahagi kepada 2 :
1 1. Amalan Harian di Waktu Magrib @ Subuh
2 2.Amalan Harian selepas Solat 5 Waktu
AMALAN
HARIAN DI WAKTU MAGRIB @ SUBUH
👉 A'uzubillaahi
Minashaitoonir Rajiiimm
👉 Bismillaa Hirrahmaa
Nir Rahiiim
👉 Ashhadu allaa ilaha il
lallaah, wa'ashhadu aanna muhammadar Rasulullah
👉 Allah humma solli ala
muhammad wa'ala ali muhammad
👉 Laila haillallah
✔Ya
Allah, Allahu Rabbi, kerana Rahmat dan Nikmatmu Ya Allah, Aku hadiahkan bacaan
Al fatihah yang akan aku bacakan ini kepada Nabi Muhammad SAW dan Seluruh
Keluarganya, 4 Sahabat Nabi Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman,
Sayyidina Ali, 4 Malaikat Jibril, Mikail, Izroil, Isrofil, zahir dan batinnya, Perkara-perkara Dunia dan Akhiratnya untuk
selama lamanya
Bacalah Al fatihah sampai Aamiiin
disambungkan dengan bacaan Lahau Lawala Quwwata illa Billa Hil 'Aliyyil 'Aziiim
diulang x1 @x7 @x21 atau lebih
✔Ya
Allah, Allahu Rabbi, kerana Rahmat dan Nikmatmu Ya Allah, Aku hadiahkan bacaan
Al fatihah yang akan aku bacakan ini kepada 25 nabi dan Rasul yang wajib aku
ketahui, Guru guruku, sekalian Makhluk Allah yang beriman kepada Allah Yang
Maha Esa, zahir dan batinnya, Perkara-perkara
Dunia dan Akhiratnya untuk selama lamanya
Bacalah Al fatihah sampai Aamiiin
disambungkan dengan bacaan Lahau Lawala Quwwata illa Billa Hil 'Aliyyil 'Aziiim
diulang x1 @x7 @x21 atau lebih
✔Ya Allah Ya Tuhanku Allahu Rabbi, kerana Rahmat dan
Nikmatmu Ya Allah, Aku hadiahkan bacaan Al fatihah yang akan aku bacakan ini
kepada diriku sendiri, roh, jasad, sifat, kedua dua ibu bapaku yang masih hidup
ataupun yang telah meninggal dunia, seluruh keturunan sebelah bapaku dan
seluruh keturunan sebelah ibuku, zahir dan batinku, Perkara-perkara Dunia dan Akhiratku untuk
selama lamanya
Bacalah Al fatihah sampai Aamiiin disambungkan dengan bacaan Lahau
Lawala Quwwata illa Billa Hil 'Aliyyil 'Aziiim diulang x1 @x7 @x21 atau lebih
BACALAH
1. Surah Al-Baqarah ayat 1-5 x1 kali
2. Ayat kursi dengan bacaan 9 Wakaf berhenti x1 kali
3. Tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah Ayat 284-286 x1 kali
4. Surah Al Ikhlas x3 kali
5. Surah Al Falaq x3 kali
6. Surah An Nas x3 kali
ZIKIR
1. Zikir Lailaha illallah x33 kali
2. Zikir Allah x33 kali
3. Zikir Ya Fattahu Ya Razzaq x33 kali
DOA NIAT PENYERAHAN DIRI
# sentiasalah kita berserah diri pada Allah Yang Maha Esa tanpa
ada sesuatu pun yang terikat/bersama dengan kita.
# tadah tangan berdoa dengan mencantumkan urat tapak tangan
kiri dan kanan
✔ Ya Allah, Allahu Robbi, kerana
Rahmat dan Nikmatmu Ya Allah, Aku menyerahkan kembali apa sahaja yang ada pada
diriku, roh, jasad, sifat, zahir dan batinku serta nyawaku, kebahagiaanku,
kekuatanku, kesakitanku, rezekiku, pahala dan dosaku, apa sahaja yang
mengganggu diriku……. (sebutkan sakit apa), apa sahaja yang aku ketahui dan
tidak aku diketahui yang Nyata, yang Ghaib dan yang Tersembunyi, semuanya
kembali kepada Allah Yang Maha Esa, maka yang *HAK* akan Memusnahkan, Mematikan,
Melenyapkan segala yang BATHIL
🔴 Innalillahi wainna
ilaihi rojiuun
🔴 Lahau Lawala Quwata illa
Billa Hil 'Aliyyil 'Aziiim
🔴 Laila ha illallah
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻 🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
AMALAN HARIAN SELEPAS SOLAT 5
WAKTU
Cara Bacaan Al Fatihah
(Selesai Bacaan Al Fatihah, Tarik Nafas laju dan penuh, hembus nafas
perlahan lahan selembut sutera sambil bayangkan dinding)
1. Baca Al-Fatihah dihembus ke depan
2. Baca Al-Fatihah dihembus kanan
3. Baca Al-Fatihah dihembus kiri
4 Baca Al-Fatihah dihembus ke belakang
5. Baca Al-Fatihah dihembus atas
6. Baca Al-Fatihah dihembus bawah
7. Baca Al-Fatihah ditelan dalam Diri
Tadahkan tangan BERDOA : Ya
Allah dengan keberkatan bacaan Surah Al Fatihah ini, Aku pohon bentengkanlah
diriku dari Sihir, Khianat Jin dan Manusia serta tidak dapat ditembusi dari
sebarang ilmu.
Lahaulawa Quwwata illa Billahil'aliyyil'aziiim
# Selesai BERDOA, Tarik Nafas laju dan penuh, hembus nafas perlahan
lahan selembut sutera pada tapak tangan dan sapukan pada anggota WUDUK atau
setakat mana yang boleh dicapai oleh tapak tangan.
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻 🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Ikhtiar dan Rawatan Mistik
Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil (Surah Al Imran ayat 173)
Maksudnya : CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG BAGI KAMI DAN
ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PELINDUNG
Semoga
Bermanfaat.