Sabtu, 26 Ogos 2017

PENYAKIT LEMAH IMAN



PENYAKIT LEMAH IMAN

Apabila iman berkurangan, maka kuranglah kesungguhan beribadah...

Hati pula akan disibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Kenikmatan beribadah pula bertukar menjadi suatu bebanan...

Adalah perkara yang amat sukar untuk terus bangkit dari penyakit ‘lemah iman ini’...

Untuk memulihkan lemah iman ini maka lakukanlah amalan-amalan wajib dengan bersungguh-sungguh & berkualiti, khususnya solat fardhu...

Selalulah mendengar peringatan-peringatan agar akal sentiasa mendapat kesedaran untuk membuat pertimbangan...

Jangan meninggalkan ibadah sunnah kerana ia umpama vitamin bagi hati, suplemen tambahan untuk hati yang sihat...

Ibadah sunnah berfungsi menjaga kesegaran hati agar Iman menjadi lebih mantap...

Semoga ada manfaatnya....