Ahad, 10 Mac 2019

PERGURUAN AKADEMI RUQYAH SYAR’IYYAH HOLISTIK (ARASH)

KENAPA KITA DIUJI?

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman : 


".... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"

(Surah al-Baqarah : 216)



Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"



Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.


Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujianNya"

Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi tidak suka diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.

DAPAT MELIHAT JIN BUKANLAH SATU KELEBIHAN ATAU ANUGERAH DARIPADA ALLAH TETAPI SATU PENYAKIT YANG PERLU DI RUQYAH

Jadi persoalannya:

1.Bolehkah manusia melihat jin?kalau boleh dalam bentuk yang bagaimana asli@jelmaan?

2.Bagaimana dgn Abu Hurairah ra. menangkap jin sambil di pegang jin itu kerana mencuri makanan zakat baitulmal?

3.Bagaimana pula Rasulullah SAW yg mencekik jin?



Makhluk jin hanya tidak boleh dilihat dalam bentuk asal tapi kalau bentuk jelmaan boleh dilihat oleh sesiapa pun jika jin itu hendak menjelma spt menjelma dalam bentuk binatang berbisa & buas sebagai contoh ular tedung (king cobra), kala jengking, lipan, anjing hitam..juga makhluk jin bleh menjelma dalam bentuk manusia kecuali Para Nabi & Rasul..pernah jin @syaitan menjelma seperti wajah suraqah bin malik ketika menuju perang badar, ada juga jelmaan jin dlm bentuk yang menakutkan seperti pocong, pontianak yang kita namakan hantu.

Apa sebab manusia boleh melihat jin? kerana dalam badan manusia itu sendiri ada jin, saka, kerana mempunyai perasaan takut yg melampau, lemah semangat yang melampau, dapat melihat jin jelmaan boleh juga berlaku apabila terminum air sihir @ terkena sihir, mata telah di buka hijab oleh makhluk jin yg bernama al ghailan sejenis jin sihir @ di buka hijab mata oleh bomoh atas bantuan jin, kebiasaan budak berumur 7 tahun kebawah pun boleh melihat jin @ lelaki/perempuan berumur 70 tahun ke atas boleh melihat jin dalam bentuk jelmaan.

Abu Hurairah menangkap jin bukan dlm bentuk asal @ jelmaan yg menakutkan tapi dalam bentuk jelmaan manusia kerana telah mencuri makanan zakat baitulmal ada dalam hadis riwayat Imam Bukhari.

Adapun Rasulullah di ganggu jin ifrit ketika solat telah di beri kemampuan oleh Allah untuk mencekik jin ifrit sebab dia seorang Nabi sudah pastilah di pelihara oleh Allah & hanya para Nabi & Rasul sahaja dikhabarkan oleh Allah tentang perkara ghaib melainkan sedikit.

Kata Imam Syafi'e

"Barangsiapa yang mengaku boleh melihat jin dalam bentuk asal maka kami tolak persaksiannya melainkan jika dia seorang Nabi".

Dalam kitabnya Al Umm juga Imam Syafi'e menyatakan "Barangsiapa mengaku boleh melihat jin dalam bentuk asal maka tertolak hujahnya".



Peserta kursus yang di adakan di Akedemi ARASH Malaysia

Saya kongsikan disini tempat untuk kita belajar Ruqyah Syar'iyyah di Malaysia samada untuk diri sendiri dan juga melahirkan Perawat Islam Syar'iyyah.


AKADEMI RUQYAH SYAR’IYYAH HOLISTIK (ARASH)


Sebuah Akademi Rawatan Perubatan Islam yang diasaskan oleh Ustaz Amirul Mukminin al-Faruq, perawat Islam Malaysia yang berpengalaman merawat lebih dari 10 tahun. Akademi ARASH merupakan salah satu PLATFORM yang bertanggungjawab di Malaysia dalam melahirkan seramai mungkin Perawat Islam Syar'ie dengan membuat program-program Islamik khususnya berkenaan ilmu perubatan islam ruqyah syar'iyyah dengan lebih holistik (menyeluruh).



Founder Akademi ARASH merupakan alumni yang diijazahkan terus oleh Founder Quranic Healing International (QHI) itu sendiri & diamanahkan oleh Founder QHI sebagai Ketua Umum QHI Malaysia.



Dengan itu, Akademi ARASH telah bekerjasama dengan banyak pusat rawatan Islam & guru2 dalam bidang Perubatan Islam seluruh nusantara termasuk Timur Tengah.



Dengan kerjasama baik ini, Akademi ARASH akan menghadirkan Guru-Guru utama dalam memantapkan pengisian setiap modul yang disediakan.



Secara umumnya Akademi ARASH akan membuat pendedahan pada masyarakat tentang kepentingan Ilmu Perubatan Islam ini, yang sebelumnya dikuasai oleh golongan2 tertentu sahaja.

ARASH akan membuat perkongsian dengan lebih terbuka & akan terus membuat perkongsian khususnya kepada pesakit-pesakit yang sudah lama mencari kesembuhan dengan cara yang dianjurkan oleh Islam dengan menggunakan formula yang telah dirangkumkan dalam formula yang dipanggil "QUR'ANIC THERAPY & TAZKIYYATUN NAFS" (Faktor terbesar kesembuhan).



QHI @ Quranic Healing International


Sebuah Pertubuhan/Persatuan/Organisasi bertanggungjawab yang melahirkan Perawat Islam Syar'ie & merawat pesakit menggunakan Teknik dengan Rujukan berpandukan Al-Quran & Sunnah dan beberapa kaedah perawatan yang menepati Syara'. Ia digunapakai oleh TEAM QHI & diberi nama QUR'ANIC HEALING TECHNOLOGY.



QURANIC HEALING INTERNATIONAL atau QHI merupakan sebuah Team dakwah terbesar dalam melahirkan Perawat Islam Syar'iyyah di Indonesia & mempunyai lebih dari 1,000 orang perawat professional di Indonesia.



Terkini bagi yang berminat!!!!

Sertailah Kursus Ruqyah Syar'iyyah

Setiap org perlu ada ilmu utk merawat ahli keluarga sendiri. Tak perlu harapkan perawat.

Ingin tahu Doa & Amalan yg diajarkan kepada peserta kursus? Jemput hadir kursus kami 👇👇👇

➡ Untuk mendaftar sila wassap nama penuh, lokasi & no ic

1️⃣ 23 Mac 2019 di Johor Bharu.

2️⃣ 30-31 Mac 2019 di Miri, Sarawak.


Ustaz Amirul Mukminin al-Faruq









Antara Produk-Produk yang telah di Ruqyah melalui Terapi Al Quran untuk rawatan kerohanian.





Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.

Sabtu, 9 Februari 2019

KENALI WAHABI



Foto: Para Ulama' yg mengikut salaf sebenar


Catatan ilmu supaya kita lebih jelas dan faham:

1. Imam Hanafi
Lahir 80 Hijriah

2. Imam Maliki
Lahir 93 Hijriah

3. Imam Syafi'i
Lahir 150 Hijriah

4. Imam Hanbali
Lahir 164 Hijriah

5. Imam Asy'ari
Lahir 240 Hijriah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh dikenali dengan nama ulama SALAF.

Apa itu SALAF?

Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad ﷺ hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat Nabi tapi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yang tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tapi bertemu dengan Tabi'in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorang TABI'IN.

Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Hanbali
Imam Asy'ari
Mereka berguru dengan Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan
SALAF YANG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" kerana "salafi" bermaksud pengikut golongan SALAF.

Jadi beruntung lah kita di (Nusantara) yang masih berpegang kepada mazhab Syafi'i yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR & tidak lari dari kefahaman
NABI & SAHABAT

Rujukan Wahhabi pula:

1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin/Ibnu Baz ahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
sama dengan Albani,
lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir:
1928 Masihi (mati tahun 2001,
lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,
lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman). Tak ada seorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF.

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT PELIK apabila puak-puak Wahabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?

fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah
sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain ASWAJA.

Jumaat, 1 Februari 2019

ASMAAUL HUSNA 99


Melentur buluh dari rebungnya


Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al Quran dan Hadis tentang Asmaul Husna :

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran ; Surah Al Israa' : 110)

Dari Abu Huraira R.A.:
Nabi saw. bersabda:



"Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (Esa) dan Dia menyukai (bilangan) yang ganjil" - Sahih Bukhari


1. Al-Rahman           الرحمن 
Maha Pengasih
2. Al-Rahim               الرحيم 
Maha Penyayang
3. Al-Malik                  الملك 
Maha Merajai/Memerintah
4. Al-Quddus            القدوس 
Maha Suci
5. Al-Salam                 السلام 
Maha Memberi Kesejahteraan
6. Al-Mukmin            المؤمن 
Yang Memberi Keamanan
7. Al-Muhaimin        المهيمن 
Maha Pemelihara
8. Al-Aziz                    العزيز 
Maha Gagah
9. Al-Jabbar                الجبار 
Maha Perkasa
10. Al-Mutakabbir    المتكبر 
Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11. Al-Khaliq               الخالق 
Maha Pencipta
12. Al-Barik                 البارئ 
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13. Al-Musawwir      المصور 
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14. Al-Ghaffar              الغفار 
Maha Pengampun
15. Al-Qahhar              القهار 
Yang Memaksa
16. Al-Wahhab           الوهاب 
Maha Pemberi Kurnia
17. Al-Razzaq             الرزاق 
Maha Pemberi Rejeki
18. Al-Fattah                الفتاح 
Maha Pembuka Rahmat
19. Al-Alim                   العليم 
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20. Al-Qabid              القابض 
Yang Menyempitkan (makhluknya)
21. Al-Basit                 الباسط 
Yang Melapangkan (makhluknya)
22. Al-Khafid            الخافض 
Yang Merendahkan (makhluknya)
23. Al-Rafik                 الرافع 
Yang Meninggikan (makhluknya)
24. Al-Muiz                  المعز 
Yang Memuliakan (makhluknya)
25. Al-Muzil                 المذل 
Yang Menghinakan (makhluknya)
26. Al-Samik              السميع 
Maha Mendengar
27. Al-Basir               البصير 
Maha Melihat
28. Al-Hakam              الحكم 
Maha Menetapkan
29. Al-Adl                    العدل 
Maha Adil
30. Al-Latif                اللطيف 
Maha Lembut
31. Al-Khabir               الخبير 
Maha Mengetahui Rahasia
32. Al-Halim                 الحليم 
Maha Penyantun
33. Al-Azim                 العظيم 
Maha Agung
34. Al-Ghafur              الغفور 
Maha Pengampun
35. Al-Syakur             الشكور 
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36. Al-Ali                      العلى 
Maha Tinggi
37. Al-Kabir                الكبير 
Maha Besar
38. Al-Hafiz               الحفيظ 
Maha Menjaga
39. Al-Muqit              المقيت 
Maha Pemberi Kecukupan
40. Al-Hasib             الحسيب 
Maha Membuat Perhitungan
41. Al-Jalil                 الجليل 
Maha Mulia
42. Al-Karim             الكريم 
Maha Pemurah
43. Al-Raqib             الرقيب 
Maha Mengawasi
44. Al-Mujib            المجيب 
Maha Mengabulkan
45 .Al-Wasik             الواسع 
Maha Luas
46. Al-Hakim            الحكيم 
Maka Bijaksana
47. Al-Wadud           الودود 
Maha Pencinta
48. Al-Majid            المجيد 
Maha Sempurna Kemuliaan-Nya
49. Al-Bais              الباعث 
Maha Membangkitkan
50. Al-Syahid           الشهيد 
Maha Menyaksikan
51. Al-Haq                 الحق 
Maha Benar
52. Al-Wakil            الوكيل 
Maha Memelihara
53. Al-Qawi              القوى 
Maha Kuat
54. Al-Matin             المتين 
Maha Teguh
55. Al-Wali               الولى 
Maha Melindungi
56. Al-Hamid          الحميد 
Maha Terpuji
57. Al Muhsi        المحصى 
Maha Menghitung
58. Al-Mubdik        المبدئ 
Maha Memulai
59. Al-Muid             المعيد 
Maha Mengembalikan Kehidupan
60. Al-Muhyi         المحيى 
Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit        المميت 
Maha Mematikan
62. Al-Hai               الحي 
Maha Hidup
63. Al-Qayyum       القيوم 
Maha Mandiri
64. Al-Wajid          الواجد 
Maha Penemu
65. Al-Majid         الماجد 
Maha Mulia
66. Al-Wahid        الواحد 
Maha Esa
67. Al-Ahad           الاحد 
Maha Esa
68. Al-Samad        الصمد 
Tempat Meminta
69. Al-Qadir          القادر 
Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70. Al-Muqtadir   المقتدر 
Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim  المقدم 
Maha Mendahulukan
72. Al-Muakhir   المؤخر 
Maha Mengakhirkan
73. Al-Awwal        الأول 
Maha Awal
74. Al-Akhir         الأخر 
Maha Akhir
75. Al-Zahir        الظاهر 
Maha Nyata
76. Al-Batin        الباطن 
Maha Ghaib
77. Al-Wali          الوالي 
Maha Memerintah
78. Al-Mutaali  المتعالي 
Maha Tinggi
79. Al-Bar             البر 
Maha Penderma
80. Al-Tawwab   التواب 
Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim المنتقم 
Maha Penyiksa
82. Al-Afu           العفو 
Maha Pemaaf
83. Al-Rauf      الرؤوف 
Maha Pengasih
84. Malik al-Mulk مالك الملك 
Penguasa Kerajaan (Semesta)
85. Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام 
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit    المقسط 
Maha Adil
87. Al-Jamik       الجامع 
Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghani        الغنى 
Maha Memiliki Kecukupan/Kekayaan (Maha Kaya)
89. Al-Mughni    المغنى 
Maha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
90. Al-Manik        المانع 
Maha Mencegah
91. Al-Dar            الضار 
Maha Memberi Derita
92. Al-Nafik          النافع 
Maha Memberi Manfaat
93. Al-Nur             النور 
Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94. Al-Hadi         الهادئ 
Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badik        البديع 
Maha Pencipta
96. Al-Baqi           الباقي 
Maha Kekal
97. Al-Waris       الوارث 
Maha Pewaris
98. Al-Rasyid      الرشيد 
Maha Pandai
99. Al-Sabur       الصبور 
Maha Sabar

#Minyak1000bunga

Rabu, 30 Januari 2019

KARIS 03/2018







Alhamdulillah akhirnya Allah ketemukan hamba dengan Ustaz Hj. Hasnul Hakim Bin Hj. Muhammad Zain dalam menuntut ilmu Allah Yang Maha Kaya ini.

Dengan pengalaman Ustaz yang amat luas dalam dunia mistik ini, dapatlah hamba mempelajari dan tempuhi sendiri amalan sufi yang sejati. Mempelajari teknik diagnotis, teknik rawatan, teknik mandian, dan amalan Suluk Sunan Kalijaga. 

Amalan Suluk Sunan Kalijaga ni kita akan ditanam ke dalam tanah sehingga paras leher dalam keadaan duduk antara 2 sujud. Dan sudah pasti kawasannya amat keras seperti Banglo Lama @ Geng Buai, Kubur Perang @ Geng Kubur. Waktu ditanam adalah di antara jam 12 malam sehingga subuh. Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi setiap peserta.

Kaedah utama dalam sesi pembelajaran ini adalah bagaimana kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Dengan kaedah ini dapatlah memberi kesedaran bahawa betapa kerdilnya kita apabila berada di sisiNya.

Di sini hamba kongsikan pengalaman - pengalaman bersama-sama sahabat seperguruan.




Pengijazahan Sanad Ilmu dan Sanad Kain Rida' dari guru. Ini sahaja gambar yang dapat snap, mana sahabat yang takada tu maafkan hamba.















Perkongsian dan Pengalaman di sepanjang aktiviti dijalankan.





Ustaz Arab berkongsikan pengalaman ketika di tanam hidup hidup.



Rawatan Mandian









































mamat ni banyak tanye la



Bergambar kenangan bersama guru...








Alhamdulillah selesai sudah pembelajaran keilmuan pada kali ini, moga Allah memberkati kami semua dan dapat mengamalkan sebaik-baiknya. In Shaa Allah.