Sabtu, 9 Februari 2019

KENALI WAHABI



Foto: Para Ulama' yg mengikut salaf sebenar


Catatan ilmu supaya kita lebih jelas dan faham:

1. Imam Hanafi
Lahir 80 Hijriah

2. Imam Maliki
Lahir 93 Hijriah

3. Imam Syafi'i
Lahir 150 Hijriah

4. Imam Hanbali
Lahir 164 Hijriah

5. Imam Asy'ari
Lahir 240 Hijriah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh dikenali dengan nama ulama SALAF.

Apa itu SALAF?

Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad ﷺ hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat Nabi tapi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yang tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tapi bertemu dengan Tabi'in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorang TABI'IN.

Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Hanbali
Imam Asy'ari
Mereka berguru dengan Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan
SALAF YANG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" kerana "salafi" bermaksud pengikut golongan SALAF.

Jadi beruntung lah kita di (Nusantara) yang masih berpegang kepada mazhab Syafi'i yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR & tidak lari dari kefahaman
NABI & SAHABAT

Rujukan Wahhabi pula:

1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin/Ibnu Baz ahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
sama dengan Albani,
lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir:
1928 Masihi (mati tahun 2001,
lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,
lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman). Tak ada seorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF.

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT PELIK apabila puak-puak Wahabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?

fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah
sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain ASWAJA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan