Selasa, 1 September 2020

MADU YASHFIIN 100% ASLI

 ~IKHTIAR PENYEMBUHAN DARI LUAR & DALAM~

MADU YASHFIIN 100%ASLI




RAKAMAN VIDEO TEAM IKHTIARDANRAWATANMISTIK




Sabda Rasulullah swt., 

"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Khasiat Madu Lebah












MADU YASHFIIN 100%ASLI

Marilah kita mengamalkan pemakanan sunnah iaitu MADU sebagai asbab kesihatan dan penyembuhan diri.
In shaa Allah

Rasulullah SAW bersabda :
”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”.
(lihat Sunan Ibnu Majah, hal.1142, hadist no.3452, bab Madu)

✅ Madu Yashfiin 100% ASLI (RAW HONEY)
✅ Disediakan dengan botol 350gram dan 700gram
✅ Madu Yashfiin yang tidak diproses dan tiada campuran
✅ Madu Yashfiin diambil dari hutan belantara dan liar
✅ Madu Yashfiin telah diruqyah dan pengisian ayat penyembuhan
✅ 1 Rumah 1 Madu Yashfiin
✅ Rawatan Kerohanian
✅ Madu Yashfiin merawat 1001 penyakit secara senyap ketika anda tidur.

Harga : 
700gm (RM100.00)
350gm (RM50.00)
Kos Penghantaran by J&T Express : RM10.00
C.O.D (RM20.00) : Sekitar Ampang dan Hulu Langat
Pembelian 2 botol ke atas kos penghantaran adalah percuma

Boleh dapatkan di shopee dengan klik gambar di bawah



🔮MADU YASHFIIN






Apakah madu Yashfiin ini 100% Asli?
In shaa Allah semua madu keluaran kami dijamin 100% Asli Tanpa Campuran. Madu diambil dari Spesis Lebah Liar Hutan dari Pokok Tualang di hutan Pahang.

Bagaimana cara terbaik mengamalkan madu?
Madu seeloknya diambil 2 kali sehari. Pagi sebelum sarapan(perut kosong) dan malam sebelum tidur. 1 Sudu Madu. Boleh ditambah didalam air suam tetapi jangan gunakan air sejuk. Ia akan menghilangkan khasiat madu.

Bagaimana saya ingin menguji Keaslian Madu Asli?
Terdapat banyak cara tradisional untuk menguji keaslian madu. Antaranya Ujian Semut, Masuk Peti Sejuk, Diuji dengan api, kertas, dan sebagainya.


Daripada pengalaman kami, cara ujian tradisional tidak selalunya tepat. Semua madu kami diuji kandungan keasliannya di makmal yang bertauliah dan disahkan oleh : 
Institut GENOM Malaysia 



Berapa lama rasa kesan selepas amalkan madu?
Kebiasaannya kesan positif seperti lebih bertenaga boleh dirasakan seawal seminggu mengamalkan madu.

Setiap individu mempunyai keserasian berbeza. Madu baik untuk diamalkan untuk jangka masa panjang.

Apakah kelebihan Madu Yashfiin ini dengan Madu lain dipasaran?
Madu Yashfiin ini telah dibacakan oleh saya sendiri dengan kaedah Solat, Pengisian Ayat2 Syifa' @penyembuhan dari Al Quran berkaitan penawar Kanser, Zuriat, Darah, Virus dan Penyakit Kronik. 

Apakah hasiat Madu Hutan berbanding Madu Biasa atau Kelulut?
Madu Hutan mempunyai enzim lebih tinggi daripada madu-madu biasa.


Antara khasiat utama madu hutan:
Melancarkan perjalanan darah (Baik untuk kolestrol)
Melegakan Batuk Dan Kahak
Memberi Tenaga Spontan
Menghilangkan Kebas-kebas
Baik Untuk Asthma atau Lelah
Menguatkan Antibodi untuk melawan jangkitan.

AMALKAN PENGAMBILAN MADU YASHFIIN SETIAP HARI DENGAN HANYA SESUDU SEBELUM SARAPAN PADA  SECAWAN AIR SUAM WAKTU PAGI DAN WAKTU MALAM (SEBELUM TIDUR). 




Khasiat Madu YASHFIIN

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Madu Lebah Tualang
Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.

Ciri-ciri madu lebah tualang :-
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.

Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:
1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air, asid benzoik dan sebagainya
2. JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:
a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya memakan benda yang disediakan sahaja. Menurut kata pemburu lebah madu tualang, lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.
b. madu lebah hutan

PERINGATAN:
1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.
2. Pekat dan rasa manis semulajadi *bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah
3. Kebaikan madu ASLI lebah Tualang ini Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan

CARA PENGGUNAAN:
Minum madu Yashfiin ini sebelum sarapan (perut kosong) dan sebelum tidur. Bagi yang hendak membuat rawatan penuh pada organ dalaman (kanser/sis) pastikan minum madu ketika perut kosong selama 8jam. Jarakkan pengambilan ubat klinikal.

Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada. Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah. Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.

Juga oleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.







Untuk tempahan boleh klik gambar WASAP dibawah  : 



Pembayaran secara atas talian @ ONLINE Payment

 DGR DRASTIC GOLD RESOURCES
8600774571


FIRDAUS MOHD MUBIN
162179750032

Hantarkan slip pembayaran @ snapshot pembayaran ke :

         SLIP/RESIT BAYARAN



Urusan penghantar melalui J&T



AMALKAN PENGAMBILAN MADU YASHFIIN SETIAP HARI DENGAN HANYA 2 SUDU SEBELUM SARAPAN PADA  SECAWAN AIR SUAM WAKTU PAGI DAN WAKTU MALAM (SEBELUM TIDUR). 

MOGA ALLAH MEMBERIKAN KESEMBUHAN DAN PEMULIHAN KEPADA ANDA.



MINYAK URUT HERBA URAT DAN SARAF

 MINYAK URUT HERBA URAT DAN SARAF 

- untuk rawatan 1001 PENAWAR 


    ~ WARISAN PAWANG SUDIN ~






Manfaatnya :

-Batuk lelah

-batu karang

-buasir

- rawatan rambut (pemulihan dan melebatkan) 

-penat ( lelah/asma)

-kencing tak lawas

-urut batin

-lumpuh/stroke

-patah

-kebas

-terseliuh 

-lenguh-lenguh badan

-gaut

-sakit lutut

-kembung perut

-gatal-gatal kulit

-luka-luka ringan

-di sengat binatang bisa

-sakit pinggang

-sesuai digunakan kepada wanita lepas bersalin

-di gunakan bagi masalah lenguh-lenguh kaki

-sangat sesuai mengurut anggota batin lelaki

-anak menangis malam

- 🌟disapu sebelum tidur kepada pada anak kecil di point kepala, dada dan leher bagi rawatan semput, lelah, kahak, berhingus dan selsema

- 🌟bagi kes patah, dan kemalangan disapu tanpa urut sehingga menyerap dan dibiarkan 3 hari, baru disapu kembali.


🔥🔥Rare item!!!🔥🔥


Untuk tempahan boleh tekan link dibawah:

http://www.wasap.my/60122705451/minyakurutwarisan

Isnin, 13 Julai 2020

SELAWAT FATEH DAN KELEBIHANNYA

SELAWAT FATEH DAN KELEBIHANNYA

SELAWAT FATEH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

“Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung”.

KELEBIHAN SELAWAT FATEH

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
.
1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.

5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.

6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,

7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.

9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidakakan dijilat api neraka.

10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Rabu, 8 Julai 2020

ADAT MELAYU YANG BERTENTANGAN



Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

1. Mendengar berita kematian:

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Isnin, 16 Disember 2019

PENDINDING DIRI DAN RAWATAN DIRI BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADIS

PENDINDING DIRI DAN RAWATAN DIRI BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADIS

Dari : Firdaus Bin Hj. Mohd Mubin 
AMALAN DAN RAWATAN DIRI


Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

🔥 AMALAN PEMAGARAN/BENTENG DIRI DAN KELUARGA🔥
~ Al Quran dan Hadis~

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

🕋 AMALAN DIBAWAH INI DIBACAKAN PADA SETIAP WAKTU SOLAT :

Bagi waktu Pagi dan Petang iaitu:
🕕SUBUH
🕖MAGRIB

💢 Selepas beri Salam boleh duduk dalam keadaan duduk tahiyyat akhir atau tahiyyat Awal teruskan dengan bacaan zikir dibawah ini :

🔮 BACA ZIKIR 
● Zikir Sebanyak x10 kali 



Terjemahannya:
Tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya)

💢 Baru boleh duduk bersila

🔮 BACA ZIKIR
● Zikir Sebanyak x7 kali 

 Allahumma ajirna minannar

Terjemahannya:
“Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka" 

🔮 Zikirkan sebanyak x3 kali


A’uudzu bikalimaatillahit taammah, min kulli syaithonin wa haammah, waminkulliaiinin laammah

Terjemahannya:
“Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna dari syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan”

🔮 Zikirkan sebanyak x3 kali


"Bismillahillazi La Yadurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardi Wa La Fis Sama'ie, Wahuwas Sami'ul 'Alim"


🔮 BACA SURAH AL FATIHAH 


Terjemahannya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

🔮 BACA SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5


🔮 BACA AYAT QURSI 



Terjemahannya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

🔮 BACA SURAH AL BAQARAH AYAT 284-286


Terjemahan Ayat 284: 
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan Ayat 285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Terjemahan Ayat 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

LETAKKAN TAPAK TANGAN KANAN DI DADA DAN BACALAH AYAT-AYAT DIBAWAH

🔮 BACA SURAH HASYR AYAT 21-24 
      - BACA 1 KALI.



🔮 BACA SURAH YUNUS AYAT 81-82 
      -BACA SEBANYAK 7 KALI.

🔮 BACA SURAH TAHA SEBANYAK 7 KALI
      -BACA SEBANYAK 7 KALI.

🔮 BACA SURAH AL KAFIRUN 
🔮 BACA SURAH AL IKHLAS 
 - dibacakan sebanyak x3 kali



Terjemahannya:

1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 

3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 

4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

🔮 BACA SURAH AL FALAQ 

 - dibacakan sebanyak x1 kali


Terjemahannya:

1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh

2. daripada kejahatan makhluk-Nya

3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita

4. dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul

5. dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki”


🔮 BACA SURAH AN-NAS 

 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:

1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 

2. raja manusia. 

3. sembahan manusia. 

4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 

6. dari (golongan) jin dan manusia.

🔮 DOA Tadah tangan:

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sucikanlah diriku, keluarkan segala sifat tercela dan bathil dari tubuhku, dan Lindungilah diriku, Keluargaku serta Ibubapaku" 

💢 dan tiup sebanyak x3 kali pada tapak tangan dan sapu muka, kepala, tengkuk dan ratakan ke seluruh badan yang boleh dicapai.


🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

🕋 Manakala Bagi waktu-waktu yang lain :

🕐ZOHOR, 
🕟ASAR,  
🕣ISYAK

💢 Selepas beri Salam boleh duduk dalam keadaan duduk tahiyyat akhir atau tahiyyat Awal teruskan dengan bacaan zikir dibawah ini :


🔮 BACA ZIKIR 
● Zikir Sebanyak x3 kali 

Terjemahannya:
Tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya)

💢 Baru boleh duduk bersila


🔮 BACA ZIKIR

● Zikir Sebanyak x3 kali 

 Allahumma ajirna minannar

Terjemahannya:

“Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka" 

🔮 BACA SURAH AL FATIHAH 


Terjemahannya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

🔮 BACA AYAT QURSI 




Terjemahannya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

🔮 BACA SURAH AL IKHLAS 
 - dibacakan sebanyak x1 kali


Terjemahannya:
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

🔮 BACA SURAH AL FALAQ 
 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:
1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh
2. daripada kejahatan makhluk-Nya
3. dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita
4. dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
5. dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki”

🔮 BACA SURAH AN-NAS 

 - dibacakan sebanyak x1 kali

Terjemahannya:

1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 
2. raja manusia. 
3. sembahan manusia. 
4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 
6. dari (golongan) jin dan manusia.

🔮 DOA Tadah tangan:

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sucikanlah diriku, keluarkan segala sifat tercela dan bathil dari tubuhku, dan Lindungilah diriku, Keluargaku serta Ibubapaku" 

💢 dan tiup sebanyak x3 kali pada tapak tangan dan sapu muka, kepala, tengkuk dan ratakan ke seluruh badan yang boleh dicapai.

~ Moga Memberi Manfaat ~

🔥 Ikhtiardanrawatanmistik🔥

#boleh dikongsikan pada yang memerlukannya.